• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiktok berhenti beri notifikasi bermula 9 malam kepada pengguna remaja

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:09 pm
  • 17/08/2021
  • Komen
Tiktok berhenti beri notifikasi bermula 9 malam kepada pengguna remaja
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Tiktok ada memperkenalkan 4 kemaskini di platform itu khusus untuk pengguna berusia 13 hingga 17 tahun. Ia dilihat untuk menjaga privasi dan keselamatan pengguna di usia tersebut. Berikut merupakan penambahan yang ditetapkan:

1. Tak boleh DM pengguna lain

Pengguna berusia 16 hingga 17, yang baru sertai TikTok akan mendapati bahawa tetapan pada mesej langsung (Direct Message – DM) mereka menjadi No One secara lalai. Bagi mereka yang sudah ada akaun, mereka akan menerima permintaan untuk menyemak dan mengesahkan tetapan privasi apabila mereka ingin menggunakan ciri ini.



2. Perlu tetapkan penonton sebelum muat naik video

Akaun pengguna 13-15 tahun ditetapkan peribadi secara lalai. Mereka akan menerima mesej pop-up apabila ingin kongsikan video pertama.

Di situ, mereka perlu pilih siapa yang boleh tonton video tersebut, sama ada pengikut, rakan-rakan yang mereka ikuti dan mengikuti mereka, atau hanya untuk simpanan sendiri sahaja. Tiada pilihan everyone untuk mereka. Video tidak boleh dimuat naik selagi pilihan itu tidak dilakukan.



Selain itu, Tiktok juga tidak membenarkan fungsi Duet dan Stitch digunakan oleh pengguna 16 tahun ke bawah.

3. Perlu sahkan sebelum membenarkan video umum dimuat turun

Di samping itu, untuk pengguna 16 dan 17 tahun, apabila mereka pilih untuk membenarkan video umum mereka dimuat turun, TikTok akan keluarkan satu pop-up meminta mereka mengesahkan pilihan tersebut sebelum ciri itu diaktifkan.

Dalam pop-up itu, akan dinyatakan apa akan terjadi sekiranya pengguna benarkan video dimuat turun. Ini akan membuatkan mereka fikir beberapa kali sebelum mengaktifkannya.

4. Tidak ada notifikasi bermula 9 malam

Selain itu, sebagai langkah memupuk tabiat yang positif menggunakan media sosial, TikTok akan berhenti menghantar notifikasi (push notification) kepada pengguna berusia 13 hingga 15 tahun bermula 9 malam. Untuk pengguna berusia 16 dan 17 tahun pula, ia berkuatkuasa pada 10 malam.

Nampaknya di Tiktok, privasi, interaksi dan waktu skrin pengguna remaja sangat terkawal. Media sosial lain yang menjadi tumpuan seperti Facebook, Instagram dan Twitter perlu meletakkan ciri yang sama seperti ini, supaya pengguna remaja dapat menggunakannya dalam keadaan selamat.

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Tiktok berhenti beri notifikasi bermula 9 malam kepada pengguna remaja

Tiktok berhenti beri notifikasi bermula 9 malam kepada pengguna remaja

17 August 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN