• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Windows 11 sedia dipasang mulai 5 Oktober

  • OLEH Najib
  • 12:39 pm
  • 01/09/2021
  • Komen
Windows 11 sedia dipasang mulai 5 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft kini telah mengesahkan bahawa sistem operasi komputer akan datang mereka, Windows 11 akan sedia dipasang mulai 5 Oktober 2021. Mulai tarikh ini, komputer yang menggunakan Windows 10 dan memenuhi syarat yang ditetapkan, boleh mula dinaik taraf. Komputer baru yang siap dipasang Windows 11 juga akan mula berada di pasaran.

Untuk naik taraf dari Windows 10, ia akan dilepaskan secara berperingkat mulai 5 Oktober. Komputer yang lebih baharu akan menerimanya dahulu, diikuti oleh komputer-komputer lain pada minggu dan bulan seterusnya.



Naik taraf berperingkat ini dibuat untuk memberi pengalaman terbaik kepada pengguna. Microsoft telah melihat apa yang terjadi pada naik taraf Windows 10 dahulu, supaya pengguna tidak terkesan teruk apabila naik taraf Windows 11 mula diberikan.

Microsoft menjangka, semua komputer yang memenuhi syarat, akan menerima naik tarat Windows 11 selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2022.



Pengguna Windows 10 akan dapat melihat naik taraf ini tersedia menerusi Windows Update. Sementara itu, pengguna juga boleh memeriksa sama ada komputer mereka layak menerima naik taraf Windows 11, menerusi Windows Update ataupun aplikasi PC Health Check.

Spesifikasi minimum Windows 11

Dalam pengumuman sebelum ini, Microsoft menerangkan bahawa keperluan minimum untuk Windows 11 adalah:

  • Pemproses: 1Ghz, 2-teras, sokong 64-bit
  • RAM: 4GB
  • Storan: 64GB
  • Firmware sistem: sokong UEFI, Secure Boot, Trusted Platform Module (TPM) versi 2.0
  • Grafik: Serasi DirectX 12 ke atas dengan pemandu WDDM 2.0
  • Paparan: HD 720p, lebih besar dari 9-inci, 8-bits setiap warna
  • Sambungan: Internet & akaun Microsoft diperlukan untuk tetapan kali pertama di Windows 11 Home Edition
Notis yang keluar jika tidak memenuhi spesifikasi minimum

Cara pasang Windows 11 untuk komputer di bawah spesifikasi minimum

Bagaimanapun, Microsoft ada menyediakan cara lain memasang Windows 11 untuk komputer yang memiliki kuasa lebih rendah daripada yang disenaraikan di atas. Tetapi Microsoft tidak menjamin keserasian pemandu dan perkakas, serta ia mungkin tidak akan menerima kemaskini keselamatan secara berkala dan kemaskini lain di Windows Update.

Microsoft akan menyediakan pemasangan menggunakan ISO dan ia disediakan supaya orang ramai dan perniagaan boleh menguji dahulu Windows 11 di komputer yang tidak memenuhi syarat minimum. Cara ini tidak akan diumumkan secara rasmi dan dihebahkan oleh Microsoft secara meluas. Untuk mereka yang mahu mencuba, perlu menggali lebih mendalam untuk mendapatkan ISO ini kelak.

[Sumber: The Verge, Microsoft]

Tags: MicrosoftMicrosoft Windows 11
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Windows 11 sedia dipasang mulai 5 Oktober

Windows 11 sedia dipasang mulai 5 Oktober

1 September 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN