• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemaskini MySejahtera sekarang untuk terima fungsi baharu

  • OLEH Najib
  • 11:00 am
  • 05/09/2021
  • Komen
Kemaskini MySejahtera sekarang untuk terima fungsi baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Menteri Kesihatan yang baru, YB Khairy Jalaluddin memaklumkan bahawa aplikasi MySejahtera akan dikemaskini dengan antaramuka baharu. Beberapa maklumat penting akan dapat dilihat dengan lebih mudah dan terus dipaparkan apabila aplikasi dilancarkan.

Hari ini, kemaskini MySejahtera seperti yang dimaklumkan telah tiba untuk peranti iOS dan Android. Dalam MySejahtera baru ini, paparan utama akan menunjukkan terus tahap risiko dan status vaksinasi apabila aplikasi ini dilancarkan.



Di samping itu, paparan utama ini turut menunjukan daftar masuk terakhir pengguna dan butang untuk melihat sejarah daftar masuk sebelum ini. Butang daftar masuk (check-in) masih kecil terletak di bawah.

Satu lagi pembaharuan dalam aplikasi ini adalah butang check-out (daftar keluar). Menurut Khairy, orang ramai digalakkan untuk menekan butang check-out sejurus mereka keluar daripada tempat tersebut. Ini untuk memudahkan lagi proses pengesanan jika perlu. Proses check-out tidak memerlukan imbasan, hanya tekan sahaja butang check-out di aplikasi MySejahtera.



Penambahan ciri-ciri baharu di dalam MySejahtera ini diterima baik oleh orang ramai. Tetapi ada juga yang berharap supaya butang check-out ini tidak akan dijadikan sebagai kewajipan di masa akan datang. Jika diwajibkan, bermakna sesiapa yang tidak menekan checkout apabila meninggalkan tempat tersebut, berkemungkinan boleh dikompaun atau disaman.

Kes positif COVID-19 di Malaysia masih tidak melihat penurunan. Malah, kematian masih dicatatkan melebihi 300 kes setiap hari. Pengesanan kenalan rapat adalah salah satu perkara penting untuk mengawal sekaligus menurunkan penyebaran wabak. Kerjasama rakyat dalam hal ini, pastinya dapat membantu kerajaan membendung COVID-19 daripada terus merebak.

Status terkini #COVID19, 4 Sept 2021
Kes sembuh= 21,582
Jumlah kes sembuh= 1,550,254
Kes baharu positif= 19,057 (10 import)
Jumlah positif= 1,824,439
Kes kematian= 362
Jumlah kes kematian= 17,883
Kes dirawat di ICU= 978
Bantuan alat pernafasan= 460 pic.twitter.com/4ETgcWO1d9

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) September 4, 2021

Muat turun aplikasi MySejahtera di Apple AppStore, Google PlayStore dan Huawei AppGallery.

Tags: COVID-19Khairy Jamaluddinmysejahtera
Najib

Najib

POPULAR

Kemaskini MySejahtera sekarang untuk terima fungsi baharu

Kemaskini MySejahtera sekarang untuk terima fungsi baharu

5 September 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN