• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee eDuit tawar kredit & baucar berjumlah RM100 kepada pengguna baru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:53 am
  • 07/09/2021
  • Komen
Shopee eDuit tawar kredit & baucar berjumlah RM100 kepada pengguna baru
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui inisiatif dikenali sebagai eDuit, Shopee akan memberikan kredit dan baucar berjumlah RM100 buat pengguna baharu di platform itu, yang tidak pernah melakukan sebarang pembelian di Shopee.

Ganjaran RM100

Penerima eDuit yang layak akan menerima kredit ShopeePay bernilai RM25 setelah berjaya mengaktifkan akaun ShopeePay mereka. Kemudian, mereka akan menerima baucar alu-aluan atau Welcom Voucher bernilai RM15 yang boleh digunakan untuk pembelian pertama mereka di Shopee. Baki RM60 akan diberikan dalam bentuk Baucar ShopeePay untuk pembe­lian di kedai luar talian yang mengambil bahagian. Semua ganjaran ini akan diberikan setelah kad pengenalan pengguna berjaya disahkan.



Para pengguna baru mempunyai tempoh hingga tujuh hari untuk menggunakan kredit ShopeePay bernilai RM25 itu dan tempoh 14 hari untuk menggunakan baucar-baucar luar talian tersebut.

Syarat utama untuk melayakkan individu menerima ganjaran ini ialah:



  1. Warganegara Malaysia
  2. Tidak pernah lakukan pembelian di Shopee
  3. Sudah aktifkan ShopeePay dan sudah mengesahkan kad pengenalan.

Cara dapatkan eDuit

Sekiranya anda menepati kriteria untuk menerima manfaat eDuit, anda boleh ikut cara dibawah untuk menuntut ganjaran:

  1. Tekan Join Now di sini dan isi butiran peribadi anda, pastikan anda sudah muat turun aplikasi Shopee.
  2. Aktifkan akaun Premium ShopeePay
  3. Sahkan kad pengenalan

Permohonan anda akan diproses dari 1 sehingga 3 hari bekerja. Contoh pengesahan kad pengenalan berjaya dilakukan pada hari Isnin, ganjaran eDuit pula akan dimasukkan pada hari rabu.

Menurut Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi Shopee, kempen khas eDuit ini dilancarkan bagi membantu meringankan beban para pengguna dan beri mereka akses kepada barang keperluan harian, dalam masa yang mencabar ini.

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi Shopee

Selain tawaran kepada pengguna baharu, para pengguna lain juga boleh menikmati pelbagai tawaran menarik seperti baucar penghantaran percuma dan baucar pulangan tunai syiling Shopee 99% tanpa perbelanjaan minimum, sempena kempen Shopee 9.9 yang sedang berlangsung. Pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Mercedes-Benz baharu, dengan mengambil bahagian dalam permainan Play & Win Mercedes-Benz dengan mengumpul tiket emas setiap hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif eDuit, anda boleh bacanya di sini.

Tags: Shopee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Shopee eDuit tawar kredit & baucar berjumlah RM100 kepada pengguna baru

Shopee eDuit tawar kredit & baucar berjumlah RM100 kepada pengguna baru

7 September 2021
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN