• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE mula dibuka tempahan awal dengan hadiah percuma

  • OLEH Najib
  • 5:57 pm
  • 08/09/2021
  • Komen
Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE mula dibuka tempahan awal dengan hadiah percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Kemaskini untuk Galaxy A52 5G dan versi Galaxy Tab S7 yang lebih mampu milik akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini ditemui apabila penjual peranti DirectD, mula mengambil tempahan awal untuk Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE.

Menurut DirectD, ini adalah set asli Malaysia. Tempahan awal ini dibuka sekarang dan dijangka akan dihantar antara 11-17 September 2021. Kedua-dua peranti ini masih belum diumumkan oleh Samsung Malaysia tetapi dengan kenyataan DirectD ini, ia telah pasti akan dijual di sini.



Harga jualan rasmi dan hadiah percuma untuk tempahan awal adalah seperti berikut:

  • Galaxy A52s 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,899 + PERCUMA casing
  • Galaxy Tab S7 FE WiFi (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM1,899 + PERCUMA Book Cover & S Pen
  • Galaxy Tab S7 FE WiFi (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM2,199 + PERCUMA Book Cover Keyboard & S Pen

DirectD menawarkan dua pilihan warna untuk Galaxy A52s iaitu warna hitam dan putih. Bagi Galaxy Tab S7 FE, ada tiga warna disediakan iaitu hitam, perak dan merah jambu. Kepada yang berminat, anda boleh membuat tempahan menerusi di laman web DirectD Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE.



Spesifikasi Galaxy A52s

Telefon pintar ini bukanlah naik taraf besar, sebaliknya hanya diubah pada SoC sahaja. Galaxy A52s kini dilengkapi dengan cip Snapdragon 778G, peningkatan pretasi sebanyak 15% berbanding Snapdragon 750G di Galaxy A52 5G.

Lain-lain perkara yang sama di Galaxy A52s adalah seperti skrin Super AMOLED 6.5-inci 120Hz, empat kamera belakang dengan kamera utama 64MP, bateri 4,500mAh bersama pengecasan pantas 25W dan speaker stereo. Ia juga kalis air dan debu IP67.

Spesifikasi Galaxy Tab S7 FE

Samsung memperkenalkan varian Fan Edition atau FE sebagai pilihan lebih murah untuk barisan flagship mereka. Perkara yang sama turut diguna pakai untuk Galaxy Tab S7 FE. Tetapi nampaknya tempahan yang dibuka DirectD ini hanya versi WiFi, bukan 5G.

Bagusnya, Galaxy Tab S7 FE WiFi memiliki SoC lebih berkuasa iaitu Snapdragon 778G. Ia datang dengan RAM sehingga 6GB, storan dalaman sehingga 128GB dan menerima kad mikroSD sehingga 1TB. Kamera hanya ada dua iaitu kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP.

Kehebatannya dapat dilihat pada skrin LCD 12.4-inci yang memiliki resolusi tinggi 2560×1600. Ia diperhebat dengan pembesar suara stereo oleh AKG dan menyokong teknologi Dolby Atmos. Lebih menarik, Samsung memberikan S Pen percuma siap di dalam kotak.

Bateri juga besar, berkapasiti 10,090mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W, tetapi pengecas ini dijual berasingan.

Tags: samsungSamsung galaxy a52sSamsung Galaxy Tab S7 FE
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE mula dibuka tempahan awal dengan hadiah percuma

Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE mula dibuka tempahan awal dengan hadiah percuma

8 September 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN