• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Green Packet uji sistem tol bebas palang sebagai konsep mengurangkan kesesakan di lebuhraya

  • OLEH Najib
  • 4:38 pm
  • 09/09/2021
  • Komen
Green Packet uji sistem tol bebas palang sebagai konsep mengurangkan kesesakan di lebuhraya
Share on FacebookShare on Twitter

Green Packet Bhd, dengan kerjasama FETC International Co (FETCi), akan menguji pembuktian konsep (POC) sistem tol aliran bebas berbilang laluan atau multi-lane free flow (MLFF) di Malaysia. FETCi memiliki kepakaran dalam membangunkan sistem tol MLFF serta pengesahan indentiti frekuensi radio (RFID) di beberapa negara Asia.

Menurut Green Packet, POC MLFF ini adalah proses yang sangat penting untuk lebuhraya di Malaysia menuju bebas kesesakan di tol, menerusi infrastruktur trafik yang lebih teratur. Ia selaras dengan rangka tindakan (blueprint) yang terdapat di dalam Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) oleh Kementerian Kerja Raya.



Konsep tol MLFF ini akan dipasang di Lebuhraya Besraya dan pengumpulan data dijadualkan berjalan selama tiga bulan, bermula awal tahun 2022.

Bagi pihak Green Packet, mereka akan menyediakan kepakaran sebagai syarikat tempatan dalam menguruskan cabaran pendigitalan seperti pendanaan, pandangan setempat dan teknologi kewangan untuk pembayaran. FETCi pula akan menyelesaikan perkakas yang diperlukan serta pemasangan MLFF.



Sistem MLFF dibayangkan akan menggunakan sistem tol di awan di mana tiada palang atau laluan khas tol dan ia boleh memproses lebih banyak kenderaan setiap jam berbanding sistem tol sedia ada yang kuno. Malah, ia juga boleh mengurangkan penipuan yang sering dilakukan oleh pengguna lebuhraya yang tidak bertanggungjawab.

Data yang dikumpulkan dari ujian POC ini akan dikongsi kepada pihak berkuasa dan pemegang taruh berkaitan.

Sistem ini bunyinya hampir serupa dengan sistem tol RFID oleh PLUS, di mana pengimbas RFID diletakkan di rumah tol dan kenderaan tidak perlu lagi berhenti sepenuhnya untuk mengimbas atau membayar tol. Bagaimanapun, RFID PLUS masih memerlukan laluan khas dan kenderaan perlu bergerak dengan perlahan, sedikit sebanyak menyumbang kepada kesesakan di laluan tol.

Bagusnya, PLUS telah memasang RFID mereka di hampir semua lebuhraya yang mereka uruskan. Adakah konsep tol oleh Green Packet ini jauh lebih baik? Kita kena tunggu ujian dilakukan dan hasil dapatan tersebut dikongsikan kemudian.

[Sumber: NST, Green Packet]

Tags: FETCiGreen packetMLFF
Najib

Najib

POPULAR

Green Packet uji sistem tol bebas palang sebagai konsep mengurangkan kesesakan di lebuhraya

Green Packet uji sistem tol bebas palang sebagai konsep mengurangkan kesesakan di lebuhraya

9 September 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN