• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple bagi amaran, meletak iPhone di motosikal boleh rosakkan kamera

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 13/09/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengeluarkan satu makluman mengenai larangan memasang iPhone di motosikal. Ia untuk memastikan kamera di iPhone tidak rosak dan dapat bertahan lebih lama.

Menurut Apple, enjin motosikal berkuasa tinggi terutamanya, menghasilkan getaran beramplitud tinggi dan getaran ini disalurkan ke badan dan pemegang motosikal. Getaran dalam julat frekuensi tertentu ini boleh mengakibatkan kerosakan kepada sistem kamera di iPhone, iaitu penstabil imej optikal (OIS) dan gelung-tertutup (closed-loop) autofokus (AF).



OIS dan AF

Apple telah melengkapi kamera di iPhone dengan teknologi OIS dan gelung-tertutup AF supaya hasil gambar sentiasa tajam dan jelas. OIS membolehkan kamera kekal stabil menggunakan giroskop walaupun terdapat sedikit gegaran, biasanya ketika mengambil gambar menggunakan tangan sahaja. Apabila kamera stabil, gambar yang terhasil akan tajam dan jelas.

Gelung-tertutup AF pula memastikan fokus kamera tidak lari akibat graviti dan gegaran, sekali lagi memastikan subjek kekal dalam fokus dan hasil gambar tajam. Perkara ini dihasilkan oleh sensor magnetik di papan litar yang mengukur graviti dan kesan gegaran, kemudian menetapkan lensa kamera di posisi dengan tepat terhadap sebarang gerakan.



Teknologi OIS terdapat di iPhone 6 Plus, iPhone 6s Plus, iPhone 7 dan model kemudian termasuk iPhone SE gen-2. Tetapi kamera ultra lebar di iPhone 11 dan kemudian tidak memiliki OIS, termasuk kamera telefoto di iPhone 7 Plus dan iPhone 8 Plus.

Teknologi gelung-tertutup AF pula terdapat di iPhone XS dan kemudian, termasuk iPhone SE gen-2.

Bagaimana getaran boleh merosakkan?

Apple menjelaskan, pendedahan yang lama dan berpanjangan kepada getaran beramplitud tinggi, boleh merosakkan sistem OIS dan gelung-tertutup AF di iPhone. Ini akan menjadikan kamera iPhone tidak lagi mampu menghasilkan gambar yang tajam dan jelas, kerana teknologi penstabil tidak lagi berfungsi dengan baik.

Tetapi jika anda masih mahu meletakkan iPhone di motosikal, Apple menasihatkan supaya menggunakan pemegang dengan penyerap getaran.

[Sumber: Gizmodo, Apple]

Tags: appleapple iphone
Najib

Najib

POPULAR

Apple bagi amaran, meletak iPhone di motosikal boleh rosakkan kamera

13 September 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN