• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Berlari sambil menderma bersama Garmin Solidarity Run

  • OLEH Najib
  • 5:32 pm
  • 20/09/2021
  • Komen
Berlari sambil menderma bersama Garmin Solidarity Run
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia kini melancarkan kempen larian maya sambil beramal, Garmin Solidarity Run. Penyertaan ini dibuka terhad kepada 1,000 peserta sahaja dan Garmin mendapatkan kerjasama Biib, penganjur acara larian untuk menjayakan acara ini.

Larian amal ini diadakan untuk mengajak peserta meningkatkan kesihatan badan sambil menyumbang kepada masyarakat, terutama sekali kepada mereka yang terkesan akibat wabak pandemik. Ia dijalankan dari 20 September sehingga 16 Oktober 2021, dan pendaftaran boleh dibuat di laman web Biib x GARMIN Solidarity Run.



Peserta boleh membuat larian secara maya dengan jarak terkumpul sehingga 21km sepanjang tempoh acara. Sumbangan boleh dibuat mengikut pilihan peserta iaitu RM30, RM50, RM100, RM200 dan RM300. Setiap peserta akan menerima e-sijil dan jersi Garmin edisi terhad.

Sumbangan yang diterima menerusi acara ini akan didermakan kepada The Hope Branch Malaysia menerusi kempen #THBRULE mereka, untuk membantu keluarga yang memerlukan wang untuk sewa rumah, bil keperluan asas dan sara hidup (Rent, Utilities, Living expenses). Jumlah sumbangan akan diberikan selepas menolak yuran proses Biib dan kos penghantaran.



The Hope Branch Malaysia diketuai oleh Dr Jezzamine Lim dan Harith Iskander. Mereka mensasarkan untuk mengesan 200 individu atau keluarga dan membantu mereka membayar kos kehidupan sekurang-kurangnya selama 3 bulan, tempoh yang mencukupi untuk menyertai program latihan dan mencari kerja.

Semua peserta mestilah mematuhi semua peraturan dan SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengikut fasa yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Larian di atas ‘treadmill’ juga diterima tetapi harus menunjukkan jarak, bukan jumlah langkah.

Peserta mestilah menghantar bukti larian (mengandungi masa dan tarikh mula larian, jarak, jumlah masa dan laluan untuk aktiviti luar) dalam masa 72 jam selepas tamat aktiviti, serta sebelum tempoh tamat acara iaitu hari Sabtu, 16 Oktober 2021 pukul 11.59 malam.

Di samping itu, peserta juga berpeluang memenangi cenderahati Garmin menggunakan aplikasi Garmin Sports App. Ambil gambar sendiri bersama cap Garmin Sports App, tulis slogan kreatif dengan tanda pagar #GARMINSOLIDARITYRUN dan #GARMINMALAYSIA serta tag @GARMINMALAYSIA. 10 slogan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Jika anda berminat untuk menyertai larian ini sambil beramal, boleh mendaftar sekarang di laman web Biib x GARMIN Solidarity Run. Mereka yang mahu menderma sahaja juga boleh mendaftar di laman web yang sama.

Tags: BiibgarminGarmin Solidarity Run
Najib

Najib

POPULAR

Berlari sambil menderma bersama Garmin Solidarity Run

Berlari sambil menderma bersama Garmin Solidarity Run

20 September 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER