• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa yang menarik dengan BMW iX dan i4?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:57 am
  • 23/09/2021
  • Komen
Apa yang menarik dengan BMW iX dan i4?
Share on FacebookShare on Twitter

BMW Malaysia mengumumkan 2 siri kenderaan elektrik sepenuhnya yang bakal ditawarkan untuk pemandu dalam negara kita iaitu:

  • BMW iX
  • BMW i4

Harga BMW iX XDrive40 di Semenanjung Malaysia adalah bermula RM419,630 dan sehingga RM493,400 untuk varian Power Package dengan jaminan tambahan. Saudaranya, BMW i4 harganya masih belum diumumkan namun ia pastinya sekitar RM300 ribu kerana BMW yang paling murah di Malaysia sudah menjangkau RM200 ribu.



Apa yang menarik dengan BMW iX dan i4?

Yang menarik perhatian ialah, ada komponen-komponen dalam kereta ini dihasilkan daripada bahan kita semula.

  • BMW i4
  • BMW iX

Di BMW iX misalnya, 60kg berat kereta ini datangnya daripada plastik kitar semula. Kemudian, sehingga 50% alumimun dan sehingga 20% thermoplastic ialah bahan kitar semula.



Tak terhenti di situ, disebabkan ia tiada enjin pembakaran dalaman di bahagian depan, jeriji udara yang tugasnya menyalurkan udara sejuk kepada radiator tidak diperlukan.

Namun, sebagai komponen ikonik, mereka masih mengekalkan jeriji dan menambah ciri sembuh sendiri. Sekiranya jeriji itu tercalar, ketaksempurnaan itu akan hilang sendiri dalam masa 24 jam.

Masalak kenderaan elektrik sepenuhnya

Dah namapun kenderaan elektrik sepenuhnya. Maka, ia perlulah dicas. Itulah masalah utama yang dihadapi semua kenderaan elektrik sepenuhnya. Pengecasan mengambil masa jauh lebih panjang berbanding mengisi petrol.

Kaedah yang paling mudah ialah menggunakan soket dirumah ataupun di tempat anda lawati. Kalau di bandar-bandar besar tidak mengapalah. Tapi kalau di pedalaman, memang habislah.

Sebab itulah BMW sedang berbincang dengan beberapa pihak bagi memperbanyak stesen mengecas. Paling strategik adalah meletakkan stesen pengecas di stesen minyak. Tentang itu, BMW Malaysia akan mengumumkan beberapa berita baik sekitar 8 bulan lagi.

Tentang BMW i

BMW i ialah subjenama BMW yang mengetengahkan kenderaan elektrik sebagai alternatif kepada kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

Kenderaan elektrik elektrik sepenuhnya dalam keluarga BMW i yang pertama menembusi pasaran Malaysia ialah BMW i3s dalam bulan Ogos 2019 pada harga melebihi RM278 ribu. Kereta ini termasuk dalam kategori kereta kompak dengan jarak perjalanan sekitar 345km dengan satu bateri penuh.

Melangkau ke tahun 2021, BMW mengumumkan pula kereta elektrik yang lebih besar ruang serta teknologi yang ditambah baik. Kawasan inilah yang ingin diterokai iX dan i4.

iX ialah kereta dalam kategori SUV manakala i4 berada dalam kategori Grand Coupe. Jadi prestasinya pasti lebih tinggi daripada i3.

Motor pada i4 misalnya, boleh muntahkan 430Nm (795Nm) varian M50) manakala iX xDrive40 boleh capai sehingga 630Nm. Untuk perspektif, “raja jalanan” Malaysia Myvi miliki enjin dengan bacaan 137Nm. Pasal prestasi, tak perlulah dibimbangkan sangat.

Tags: BMWbmw i3bmw i4bmw ix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apa yang menarik dengan BMW iX dan i4?

Apa yang menarik dengan BMW iX dan i4?

23 September 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER