• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mangsa langgar lari pengsan setelah kemalangan, Apple Watch bantu panggil ambulan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:04 pm
  • 01/10/2021
  • Komen
Mangsa langgar lari pengsan setelah kemalangan, Apple Watch bantu panggil ambulan
Share on FacebookShare on Twitter

Pelbagai berita mengenai Apple Watch menyelamatkan nyawa pengguna dikongsikan sebelum ini. Ada yang memberi amaran tentang denyutan jantung tinggi pemakai dan ada berita mengenai Apple Watch mengesan pemakai mengalami jatuh yang serius di dalam tandas.

Berita terbaru adalah melibatkan kemalangan penunggang motosikal. Dia jatuh dari motor setelah menjadi mangsa langgar lari. Apple Watch miliknya mengesan dirinya jatuh lalu memberi amaran kecemasan kepada teman wanitanya dan kemudian mendapatkan perkhidmatan kecemasan.



Berdasarkan perkongsian daripada teman wanita mangsa, Tynaa Eynaa di Facebook, kejadian berlaku pada 25 September 2021 di persimpangan Ang Mo Kio Avenue 6, Singapura pada waktu malam. Mangsa, Muhammad Fitri berusia 24 tahun tidak sedarkan diri setelah motorsikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah van.

Apple Watch milik Fitri telah mengesan kejatuhan dan pada masa yang sama ia menghantar pemberitahuan Hard Fall SOS kepada teman wanitanya untuk memaklumkan tentang kejadian itu disertakan dengan lokasi. Apple Watch juga menghubungi perkhidmatan kecemasan secara automatik dan ambulan dihantarkan ke tempat kejadian.



Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi oleh Tynaa Eynaa, dapat dilihat mesej menyatakan bahawa Fitri menetapkan nama teman wanitanya itu sebagai emergency contact (kontak kecemasan). Mesej kecemasan itu juga dihantar beberapa kali oleh Apple Watch, bermula dari 8:18 malam sehingga 8:58 malam.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan bahawa mereka diberitahu mengenai kemalangan itu sekitar jam 8:20 malam sebelum Fitri dihantarkan ke Hospital Khoo Teck Puat.

Pengesanan jatuh di Apple Watch

Menurut Apple, model Apple Watch siri 4 atau selepasnya mempunyai ciri pengesanan jatuh yang teruk. Ia boleh membantu menghubungkan pemakai kepada perkhidmatan kecemasan sekiranya diperlukan. Apabila Apple Watch mengesan si pemakai jatuh, ia akan bergetar pada bahagian pergelangan tangan mangsa, membunyikan penggera dan menunjukkan amaran.

Jam tangan tidak akan memberi amaran kepada perkhidmatan kecemasan jika ia mengesan pergerakan dari pemakai. Walau bagaimanapun, jika pengguna tidak bergerak sekurang-kurangnya satu minit, peranti akan secara automatik menghubungi kenalan kecemasan dan menghantar mesej kepada mereka.

[Sumber: Mothership, 9To5Mac]

Tags: apple watchiphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Mangsa langgar lari pengsan setelah kemalangan, Apple Watch bantu panggil ambulan

Mangsa langgar lari pengsan setelah kemalangan, Apple Watch bantu panggil ambulan

1 October 2021
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER