• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CTOS tawarkan servis pantau jika data sulit anda tertiris di dark web

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:56 am
  • 04/10/2021
  • Komen
CTOS tawarkan servis pantau jika data sulit anda tertiris di dark web
Share on FacebookShare on Twitter

CTOS mengumumkan satu servis baru yang boleh dimanfaatkan pengguna. Menggunakan CTOS SecureID, anda boleh melanggan servis daripada CTOS dan pihak penyedia perkhidmatan akan memantau lanskap dark web untuk mencari seandainya ada maklumat sulit anda tertiris di sana.

Dark web adalah arena Internet yang berada di luar jangkauan pihak berkuasa untuk memantau disebabkan sifatnya yang tidak berpusat (decentralized). Maka di sana, aktiviti pelanggaran undang-undang sering berlaku termasuklah pemerdagangan maklumat sulit yang diperoleh hasil godam ataupun cara tidak sah.



Walau bagaimanapun, servis ini cumalah bertindak sebagai pengesan dan bukannya pembanteras. Ia akan memberitahu anda tentang sebarang anomali dan anda sendiri perlu ambil tindakan seperti menukar kata laluan ataupun menutup terus akaun digital yang terlibat.

Servis baharu ini diumumkan sejurus Bank Negara memberhentikan khidmat perkongsian data skor kredit mereka dengan CTOS. Sungguhpun BNM memberitahu yang ia adalah langkah pencegahan, situasi ini mirip kepada isu ketirisan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didakwa datang daripada API yang digunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).



Pemantauan dark web adalah salah satu daripada banyak ciri-ciri menarik yang ditawarkan dibawah CTOS SecureID. Kalau anda miliki kad kredit ia akan memberitahu anda sekiranya terdapat perubahan had transaksi, penutupan akaun, penukaran alamat, dan sebagainya. Anda juga boleh dilindungi di bawah perlindungan takaful sehingga RM20,000.

CTOS SecureID ditawarkan kepada anda secara percuma untuk satu bulan ataupun ia boleh dilanggan pada harga RM8.90/bulan ataupun RM86.90/tahun. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi produk.

Sumber: TheEdgeMarket, Gambar Pemuka

Tags: ctosctos secureiddark web
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

CTOS tawarkan servis pantau jika data sulit anda tertiris di dark web

CTOS tawarkan servis pantau jika data sulit anda tertiris di dark web

4 October 2021
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN