• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Akibat tergendala sedunia, Instagram sediakan amaran gangguan perkhidmatan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:09 pm
  • 12/10/2021
  • Komen
Akibat tergendala sedunia, Instagram sediakan amaran gangguan perkhidmatan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lalu, perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp tergendala di seluruh dunia. Pastinya perkara ini mengejutkan dan menyusahkan ramai pengguna untuk berhubung.

Berikutan insiden itu, kini Instagram menguji ciri pemberitahuan amaran mengenai gangguan atau masalah teknikal kepada pengguna. Notifikasi tersebut akan ada pada bahagian Activity Feed. Apabila pengguna tekan pesanan itu, akan ada penerangan lebih lanjut dinyatakan tentang masalah yang berlaku.



Seperti contoh gambar di bawah, pada bahagian Activity, Instagram menyatakan bahawa mereka sedang mengalami masalah teknikal yang memberi kesan pada Stories. Apabila ditekan notifikasi itu, anda akan di bawa ke ruang Help. Kemudian diterangkan bahawa Instagram sedang meneliti isu tersebut dan notifikasi akan dihantar apabila masalah pulih.

Walaupun begitu, Instagram tidak akan menghantar notifikasi ini setiap kali gangguan berlaku, tetapi ia akan mula dihantar untuk memperjelas tentang keadaan, apabila pengguna mula mencari jawapan tentang gangguan yang terjadi. Ujian ini akan dijalankan di AS dan akan terus berlangsung selama beberapa bulan akan datang. Jika ciri ini berguna, maka Instagram akan kembangkannya kepada lebih ramai pengguna.



Selain itu, Instagram juga sedang mengusahakan bahagian Account status untuk aplikasi itu. Melaluinya, pengguna boleh dapatkan maklumat terperinci mengenai sebab akaun mereka digantung atau punca perkongsian mereka dipadam. Namun, jika pengguna rasa keputusan Instagram adalah salah, mereka boleh minta pihak Instagram lakukan semakan.

[Sumber: 9TO5Mac, Instagram]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Akibat tergendala sedunia, Instagram sediakan amaran gangguan perkhidmatan

Akibat tergendala sedunia, Instagram sediakan amaran gangguan perkhidmatan

12 October 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN