Laptop baru Apple MacBook Pro telah dilancarkan dengan kuasa baru cip Apple M1 Pro dan M1 Max, dilabel sebagai laptop paling berkuasa di dunia. Ia datang dalam pilihan skrin 14-inci dan 16-inci, serta paparan serba baharu Liquid Retina XDR dengan Mini-LED.
Jika anda berminat untuk memiliki laptop berkuasa tinggi Apple ini, boleh semak di sini untuk harga jualannya di Malaysia.
Harga MacBook Pro 14
Laptop lebih kecil MacBook Pro 14 boleh dibeli dengan harga dari RM8,799 yang datang dengan cip M1 Pro 8-teras CPU, 14-teras GPU, memori terbina 16GB dan SSD 512GB. Bagi cip sahaja, pengguna boleh memilih sehingga tiga jenis M1 Pro dan dua jenis M1 Max, di mana ia berbeza dari jumlah teras CPU dan GPU.
Ini adalah harga permulaan MacBook Pro 14 dengan pelbagai pilihan cip:
- M1 Pro (8-teras CPU, 14-teras GPU, memori 16GB, SSD 512GB) – RM8,799
- M1 Pro (10-teras CPU, 14-teras GPU, memori 16GB, SSD 512GB) – RM9,599
- M1 Pro (10-teras CPU, 16-teras GPU, memori 16GB, SSD 512GB) – RM9,999
- M1 Max (10-teras CPU, 24-teras GPU, memori 32GB, SSD 512GB) – RM12,399
- M1 Max (10-teras CPU, 32-teras GPU, memori 32GB, SSD 512GB) – RM13,199
Boleh dilihat, dengan cip M1 Pro pengguna boleh menaik taraf memori sehingga 32GB dengan tambahan RM1,600. Manakala pilihan cip M1 Max, boleh memilih memori sehingga 64GB dengan membayar RM1,600. SSD pula boleh ditukar kepada 1TB RM800 dan ia boleh dinaik taraf sehingga 8TB dengan tambahan RM9,600.
Perlu diambil perhatian juga, varian CPU 8-teras datang dengan pengecas USB-C 67W manakala mana-mana model CPU 10-teras diberikan pengecas USB-C 96W yang lebih berkuasa.
Untuk pilihan tertinggi, anda boleh mendapatkan Apple MacBook Pro 14 dengan kuasa M1 Max CPU 10-teras, GPU 32-teras, memori terbina 64GB dan SSD 8TB, berharga RM24,399.
Harga MacBook Pro 16
Laptop yang lebih besar, MacBook Pro 16 boleh dimiliki dari RM10,799 di Malaysia yang menyediakan cip M1 Pro CPU 10-teras, GPU 16-teras, memori terbina 16GB dan SSD 512GB. Pilihan cip untuk laptop ini hanyalah 1 jenis untuk M1 Pro dan dua jenis bagi M1 Max.
Ini adalah harga permulaan MacBook Pro 16 dengan pelbagai pilihan cip:
- M1 Pro (10-teras CPU, 16-teras GPU, memori 16GB, SSD 512GB) – RM10,799
- M1 Max (10-teras CPU, 24-teras GPU, memori 32GB, SSD 512GB) – RM13,199
- M1 Max (10-teras CPU, 32-teras GPU, memori 32GB, SSD 512GB) – RM13,999
Sama seperti model 14-inci, memori boleh dinaik taraf setahap seperti 16GB ke 32GB atau 32GB ke 64GB dengan tambahan RM1,600. Manakala SSD, naik taraf dari 512GB ke 1TB berharga RM800 dan boleh ditukar sehingga 8TB dengan bayaran RM9,600.
Semua MacBook Pro 16 datang dengan pengecas USB-C 140W.
Jika anda mahu pilihan tertinggi MacBook Pro 16, ia berharga RM25,199 dengan kuasa cip M1 Mac CPU 10-teras, GPU 32-teras, memori terbina 64GB dan SSD 8TB.
Harga MacBook Pro 14 dan 16 untuk pelajar
Kepada pelajar dan kakitangan di dalam bidang pendidiakn seperti sekolah dan universiti, Apple turut menawarkan harga istimewa pendidikan bagi MacBook Pro 14 dan 16 yang baru di Malaysia.
MacBook Pro 14 boleh didapati dari serendah RM8,199 iaitu penjimatan sebanyak RM600. Manakala MacBook Pro 16 pula dijual dari RM9,999 dengan penjimatan sebanyak RM800.
Jika mahukan pilihan tertinggi dengan cip M1 Max CPU 10-teras, GPU 32-teras, memori 64GB dan SSD 8TB, harga untuk MacBook Pro ialah RM22,339 (jimat RM2,160) manakala MacBook Pro 16 berharga RM22,959 (jimat RM2,240).
Bagaimanapun, tarikh mula jualan laptop baru ini di Malaysia masih belum diketahui. Tetapi anda boleh memeriksa senarai harga untuk pelbagai varian MacBook Pro 14 dan MacBook Pro 16 di laman web Apple Malaysia. Untuk ketahui apa yang baru di laptop Apple berkuasa tinggi ini, semak artikel kami di sini.