5 + 1 perkara menarik tentang iPad Pro (2021) yang perlu anda tahu

Dalam acara pelancaran pertama Apple tahuun 2021, mereka telah melancarkan sejumlah produk. Salah satunya ialah iPad Pro yang telah terima kemas kini saujana.

Kemas kini yang diterima model 2021 lebih banyak berbanding model 2020 dengan 2018. Ini ialah 6 perkara menarik tentang iPad Pro (2021)

1. CPU 50% lebih pantas daripada sebelumnya

iPad Pro terbaru ini diperkasa cip M1, cip yang sama boleh anda temui pada MacBook Pro dan beberapa produk berprestasi tinggi lain. Maka, jangkakan prestasi yang serupa dalam bentuk tablet pula.

2. iPad pertama yang ada RAM sehingga 16GB

Biasanya Apple merahsiakan kapasiti RAM dalam iPhone dan iPad mereka. Tapi kali ini mereka tidak segan mengwar-warkannya kepada anda.

Varian yang miliki storan 1TB dan 2TB akan hadir bersama-sama RAM 16GB manakala yang selebihnya 8GB. Maka, mahu tak mahu anda kena pergi ke varian berstoran besar untuk nikmati keluasan RAM sebegitu.

3. Paparan Liquid Retina XDR Display

Apple sudah tentu akan sasarkan golongan kreatif untuk produk ini. Berbekalkan sistem pengkomputeran yang hebat, Apple mengenakan panel sama hebat padanya. Ini ialah yang pertama didatangkan dengan panel mini-LED yang digelar Apple sebagai Liquid Retina XDR Display.

Namun, paparan baru ini hanya ada pada varian 12.9″ manakala yang 11″ masih gunakan paparan generasi terdahulu.

Antara manfaat yang pengguna terima ialah kecerahan maksimum 1,000 nits ataupun 1,600 ketika diperlukan, kontras sejuta berbalas satu, ProMotion 120Hz, True Tone, dan cakupan gamut warna P3 yang luas.

4. Thunderbolt 4 dengan lebar jalur 40Gbps

USB-C pada iPad Pro kali ini menyokong Thunderbolt 4. Dengan jalur perpindahan data seluas 40Gbps, ia menyokong Ethernet sehingga 10Gbps dan ada baki untuk sambungan kepada macam-macam aksesori lain seperti paparan Pro Display XDR 6K untuk kerja-kerja kreatif anda.

5. Magic Keyboard kini hadir dalam warna putih

Kalau anda bosan dengan warna Magic Keyboard, anda kini ada dua pilihan iaitu hitam dan juga putih. Harganya bermula RM1,349 (11”) dan RM1,549 (12.9”).

[Bonus] Ada sambungan 5G

Meh. Entah bila ciri ini boleh digunakan di Malaysia.

Harga

Harga rasmi dan varian iPad Pro M1 di Malaysia adalah seperti berikut:

11″ WiFi

  • 128GB – RM3,499
  • 256GB – RM3,949
  • 512GB – RM4,849
  • 1TB – RM6,649
  • 2TB – RM8,449

11″ WiFi + Cellular

  • 128GB – RM4,419
  • 256GB – RM4,599
  • 512GB – RM5,499
  • 1TB – RM7,299
  • 2TB – RM9,099

12.9″ WiFi

  • 128GB – RM4,799
  • 256GB – RM5,249
  • 512GB – RM6,149
  • 1TB – RM7,949
  • 2TB – RM9,749

12.9″ WiFi + Cellular

  • 128GB – RM5,449
  • 256GB – RM5,899
  • 512GB – RM6,799
  • 1TB – RM8,599
  • 2TB – RM10,399