• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Pastikan 2FA salah satu ciri keselamatan pada dompet elektronik anda

  • OLEH Penaja
  • 3:10 pm
  • 21/10/2021
  • Komen
Pastikan 2FA salah satu ciri keselamatan pada dompet elektronik anda
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Grab]

Mungkin masih ada yang ragu-ragu dan syak wasangka dengan sistem pembayaran digital, kerana risau dan takut berlakunya pencerobohan dalam talian yang mengakibatkan kerugian. Pastinya dengan tahap keselamatan yang tinggi, barulah ia boleh dipercayai dan dapat digunakan dengan senang hati.



Salah satu cara keselamatan terbaik dalam pembayaran digital adalah meletakkan berbilang tahap keselamatan padanya. Kata laluan adalah satu perkara asas dalam keselamatan, tetapi dengan meletakkan satu lagi kata laluan, pastinya ia lebih menjamin keselamatan.

2FA dengan PIN dan biometrik

Perkara ini telah dilaksanakan oleh GrabPay pada perkhidmatan e-dompet popular mereka. Mereka telah meningkatkan ciri keselamatan dengan menambah pengesahan dua-faktor (two-factor authentication, 2FA) dengan Grab PIN dan biometrik untuk semua pengguna GrabPay.



Ciri keselamatan 2FA ini yang sedia ada dalam GrabPay untuk melindungi pengguna telefon pintar daripada sebarang niat jahat penggodam. Semua pengguna GrabPay harus mencipta enam-digit Grab PIN masing-masing dengan pilihan untuk mengaktifkan pengesahan tambahan biometrik seperti cap jari atau pengecaman wajah (Face ID), bagi memantapkan kerahsiaan maklumat berpandukan kemampuan pada peranti masing-masing.

Di samping itu, pengguna juga boleh merasa lebih selamat menggunakan GrabPay sebagai pilihan pembayaran digital mereka, menerusi pelbagai lapisan keselamatan GrabPay seperti:

  • Keselamatan Daripada Pemalsuan Data: GrabPay memiliki enjin pengesanan pemalsuan 24/7 serta pasukan keselamatan dalaman dan anti-pemalsuan yang kuat untuk mengendali tugas lasak dan dibekal algoritma yang dibina untuk mencegah dan mengesan pemalsuan, bagi mengelak sebarang transaksi yang tidak dibenarkan. GrabPay juga berkongsi sistem keselamatan terkemuka global, yang mempunyai kemampuan amat dipercayai dalam mengesan pemalsuan demi memastikan hanya transaksi GrabPay tulen sahaja dilakukan.
  • Privasi dan Keselamatan: Semua maklumat peribadi, pembayaran dan kad kredit pengguna GrabPay adalah terpelihara dan sama sekali tidak akan dikongsi atau digunakan bagi maksud lain. Keselamatan data GrabPay tertakluk kepada Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (Payment Card Industry Data Security Standard, PCI DSS) – suatu pengesahan paling ketat dalam industri pembayaran global.
  • Sokongan Pelanggan yang Mantap: Perkhidmatan Pengguna Grab dibina untuk mendidik pengguna mengenai GrabPay dan bertugas mencari penyelesaian bagi mengatasi sebarang masalah. Pengguna juga boleh menghubungi unit sokongan pelanggan Grab menerusi aplikasi Grab bagi mendapat bantuan segera.
  • Mengikut peraturan kerajaan: GrabPay dikendalikan menurut peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), manakala maklumat baki dompet pengguna disimpan dan dipelihara oleh rakan perbankan Grab di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan keselamatan GrabPay, sila klik sini.

Tags: GrabGrabPaypenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Pastikan 2FA salah satu ciri keselamatan pada dompet elektronik anda

Pastikan 2FA salah satu ciri keselamatan pada dompet elektronik anda

21 October 2021
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN