• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT Neo 2 dan Realme Pad akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:08 pm
  • 21/10/2021
  • Komen
Realme GT Neo 2 dan Realme Pad akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya rasa kecewa terhadap Realme Malaysia kerana tidak membawa Realme GT ke Malaysia akan terubat tidak lama lagi. Ini kerana mereka mengumumkan akan melancarkan dua produk baru yang sangat menarik, Realme GT Neo 2 dan Realme Pad.

Realme GT Neo 2 adalah telefon pintar berkuasa tinggi, jauh lebih hebat berbanding Realme GT Master Edition yang dilancarkan di Malaysia sebelum ini. Manakala Realme Pad adalah tablet pertama keluaran Realme sendiri.



Maklumat lanjut tentang pelancaran Realme GT Neo 2 dan Realme Pad akan diberitahu esok, Jumaat 22 Oktober 2021, menerusi Facebook Realme Malaysia. Sementara itu, kita boleh mendapatkan serba sedikit maklumat kedua-dua peranti ini, kerana ia telah dilancarkan di India.

Realme GT Neo 2 boleh memberi saingan ketat buat Xiaomi 11T dengan harga di bawah RM2,000. Manakala Realme Pad adalah pilihan bagus untuk mereka yang mahukan tablet bajet dan mampu milik, di bawah RM1,000.



Spesifikasi Realme GT Neo 2

Walaupun tidak sehebat Realme GT asal yang dikuasakan cip Snapdragon 888, Realme GT Neo 2 masih peranti yang perkasa kerana ia dilengkapi cip Snapdragon 870 5G 7nm, bersama RAM sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB.

Skrinnya jenis AMOLED 120Hz, berukuran 6.62-inci dengan kadar sentuhan 600hz dan kecerahan setinggi 1,300 nits. Speaker pula stereo, menyokong teknologi Dolby Atmos.

Tenaga disalurkan daripada bateri 5,000mAh dan mengecas pantas dengan kuasa SuperDart Charge 65W. Ia boleh mengecas dari 0-100% dalam masa 36 minit sahaja. Pengecas wayarles magnetik Realme MagDart, masih tidak kelihatan di telefon baru ini.

Terdapat tiga kamera di belakangnya, gandingan kamera utama 64MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 4MP. Kamera hadapan pula 16MP, terletak di sudut kiri atas skrin.

Warna yang disediakan untuk Realme GT Neo 2 sangat menarik iaitu neon hijau, biru dan hitam. Di India, ia dijual pada harga INR 31,999 (~RM1,777) dengan RAM 8GB dan storan 128GB, serta INR 35,999 (~RM1,999) dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

Spesifikasi Realme Pad

Tablet mampu milik ini digerakkan kuasanya oleh cip Mediatek Helio G80, RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB. Ia menampilkan rekaan nipis dengan tebal hanya 6.9mm dan berat hanya 440g.

Skrin berukuran 10.4-inci terdapat di hadapan, jenis LCD dengan resolusi WUXGA+ (2000×1200). Bateri sebesar 7,100mAh dipasang di dalam, menyokong pengecasan pantas 189W menerusi USB-C.

Sistem bunyi hebat padanya dihasilkan menerusi empat speaker stereo, menyokong Hi-Res Audio dan Dolby Atmos. Ini menjadikannya peranti yang hebat untuk menonton video, di samping skrin besar dan resolusi tinggi.

Kamera belakangnya hanya satu dengan sensor 8MP, sama juga dengan kamera hadapan 8MP. Kamera hadapan terletak di sisi tengah, sesuai untuk panggilan video secara melintang.

Realme Pad menyokong sambungan 4G untuk internet mudah alih. Di India, ia ada 2 pilihan warna iaitu emas dan kelabu. Terdapat tiga varian dijual iaitu:

  • Realme Pad WiFi (RAM 3GB + storan 32GB) – INR 13,999 (~RM777)
  • Realme Pad LTE (RAM 3GB + storan 32GB) – INR 14,999 (~RM833)
  • Realme Pad LTE (RAM 4GB + storan 64GB) – INR 17,999 (~RM999)

Bacaan Berkaitan

Realme MagDart bukan sahaja pengecas magnetik tetapi miliki ekosistem lebih luas
Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 diumum, ini senarai peranti yang akan terima
Realme GT Master Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: Realmerealme gtRealme GT Neo 2Realme Pad
Najib

Najib

POPULAR

Realme GT Neo 2 dan Realme Pad akan datang ke Malaysia

Realme GT Neo 2 dan Realme Pad akan datang ke Malaysia

21 October 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER