• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelitup muka Razer Zephyr habis terjual, perlu tunggu untuk membeli

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:11 pm
  • 22/10/2021
  • Komen
Pelitup muka Razer Zephyr habis terjual, perlu tunggu untuk membeli
Share on FacebookShare on Twitter

Pelitup muka elektronik N95 Razer kini mula dijual dibeberapa Negara terpilih. Namun, ia tidak tersedia di Malaysia, Negara terdekat yang boleh anda dapatkan pelitup muka ini adalah di Singapura.

Dikenali sebagai Razer Zephyr, ia ditawarkan dengan harga SGD 159.90 iaitu sekitar RM494.02. Dalam setiap pembelian starter pack, pelanggan akan menerima pelitup muka Razer Zephyr dengan tali kepala boleh laras, 3 penapis gred N95, kabel pengecasan USB-C dan semburan anti kabus.



Sekiranya pengguna mahu lebih banyak penapis disertakan dalam pembelian, mereka boleh dapatkan pakej starter pack beserta tambahan 33 set penapis pada harga SGD 243.90, sekitar RM753.14. Untuk satu set penapis pengganti, harganya ialah SGD 49.90.

Spesifikasi Razer Zephyr

Topeng ini dilengkapi penapis gred N95 dengan perlindungan dua hala yang boleh diganti. Penapis tersebut disarankan untuk ditukar setiap 3 hari dengan penggunaan 8 jam sehari bagi tujuan kebersihan yang optimum. Penapis ini mampu menapis sekurang-kurangnya 95% zarah berukuran 0.3 mikron. Disertakan juga sistem penapisan udara aktif dua kipas.



Ia direka dengan lampu RGB pada bahagian luar, malah pengguna boleh laraskan lampu melalui aplikasi Razer Zephyr. Permukaannya telus cahaya, mudah untuk individu melihat mulut pemakai ketika bercakap.

Ia boleh digunakan sehingga 8 jam tanpa kuasa lampu dan 5.5 jam dengan lampu menyala.

Nampak seperti stok pelitup muka yang disediakan adalah terhad kerana, ia sudah habis dijual. Jika berminat, pelanggan perlu lakukan pendaftaran pada bahagian Notify Me untuk dimaklumkan mengenai keluaran yang seterusnya.

[Sumber: Engadget]

Bacaan Berkaitan

Topeng muka elektronik N95 Razer akan dijual, direka dengan mikrofon di dalam
Razer reka topeng muka N95 elektronik, tampil bergaya dengan lampu RGB 16.8 juta warna
LG PuriCare, pelitup muka unik dilengkapi pembersih udara, kipas & mikrofon
Tags: razerWearable Air Purifier
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER