• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Alpha 7 IV: Kamera 33MP untuk jurugambar hibrid foto/video

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:36 pm
  • 22/10/2021
  • Komen
Sony Alpha 7 IV: Kamera 33MP untuk jurugambar hibrid foto/video
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga Sony Alpha 7 (A7) terima satu lagi ahli baharu, Sony A7 IV. Daripada spesifikasi, Sony didapati mempertingkat keupayaan videografi kamera ini berbanding A7 III. Rata-rata media barat yang sudahpun memandu uji kamera ini memuji penambahbaikkan yang dibawakan pengeluarnya pada iterasi kali ini.

Sebelum pergi ke bahagian video, ramai yang berpuas hati dengan tahap ergonomik yang dipertingkat. Misalnya pada bahagian grip yang nyata lebih dalam. Buat pengguna yang bertangan besar, mereka akan selesa memegang kamera ini.



Kemudian, A7 IV turut hadir dengan tombol menukar mode yang baharu. Anda boleh tukar mode gambar dan video menggunakan tombol khas dan apabila penukaran dilakukan, anda boleh tetapkan satu set baharu arahan apa yang digerakkan untuk setiap butang.

Sony A7 IV dilengkapi panel paparan utama boleh kilas sebesar 3” dengan resolusi 1MP dan peka sentuhan. EVF-nya katanya ditambah baik, kini refresh ratenya dipertingkat kepada 120fpx dengan resolusi dinaikkan kepada 3.69MP.



Daripada segi port I/O, kamera ini agak mewah dengan ciri-ciri itu. Anda dapat port  USB-C yang boleh digunakan bersama penyesuai Ethernet untuk perpindahan data superpantas sehingga 1Gbps. Anda juga dapat mikro-USB untuk kegunaan lain. Untuk audio, anda teirma dua jek masing-masing untuk mikrofon dan earfon untuk tujuan monitor.

Sebanyak dua slot storan diberikan, satu untuk CFexpress Type-A manakala slot kedua boleh terima kad SD berformat sehingga UHS-II.

Di bahagian teras kamera, Sony menyematkan sensor full frame 33MP dengan cip pemproses imej terbaharu Bionz XR, cip yang sama yang menguasakan Sony A1. Apabila merakam video, ia boleh merakam sehingga 4K@30 tanpa sebarag crop berlaku. Namun apabila frame rate yang lebih tinggi diperlukan, kamera terpaksa mengenakan crop sebanyak 1.5x.

Sony A7 IV masih menggunakan battery NP-FZ1000 seperti model-model sebelumnya. Berdasarkan penarafan CIPA, ia boleh pergi sehingga 610 gambar sebelum perlu dicas semula.

Sony A7 IV akan mula dijual di Malaysia dalam bulan Disember 2021 nanti pada harga yang masih belum diumumkan. Namun, dalam pasaran A.S, kamera ini dijual pada harga USD2,500 (RM10,395) untuk badan sahaja ataupun USD2,700 untuk kombo bersama lensa 28-70mm (RM11,226).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

Sony ZV-E10, kamera bersensor APS-C termurah Sony untuk 2021
Tempahan Sony Alpha 1 untuk pasaran Malaysia dibuka, harga melebihi RM27 ribu
Sony A7 III Hadir Untuk Kacau Kamera Dalam Segmen Bawah RM10,000
Tags: Sonysony a7 ivsony alphasony alpha 7 iv
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Sony Alpha 7 IV: Kamera 33MP untuk jurugambar hibrid foto/video

Sony Alpha 7 IV: Kamera 33MP untuk jurugambar hibrid foto/video

22 October 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER