• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Super App tawar penerbangan RM12 sehala & pelbagai promosi, sempena ulang tahun pertama

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:41 pm
  • 26/10/2021
  • Komen
AirAsia Super App tawar penerbangan RM12 sehala & pelbagai promosi, sempena ulang tahun pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meraikan ulang tahun pertama aplikasi AirAsia, mereka ada menawarkan promosi istimewa melalui sambutan AirAsia Super App Day. Promosi ini akan bermula dari 25 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021. Diskaun sehingga 80% disediakan untuk semua tawaran perjalanan dan produk di Aplikasi AirAsia. Berikut merupakan 9 kategori di bawah aplikasi AirAsia yang menyediakan promosi sepanjang tempoh ini.

1. Penerbangan

Penumpang boleh menikmati tambang rendah untuk penerbangan domestik daripada hanya RM12 sehala. Tempahan penerbangan bermula sekarang sehingga 31 Oktober 2021. Tempoh perjalanan adalah dari 8 November 2021 sehingga 29 Oktober 2022. Para tetamu juga boleh menikmati diskaun 20% untuk tempat duduk Hot Seats dan diskaun 20% untuk bagasi daftar masuk 25kg ke atas. Anda hanya perlu klik pada ikon ‘Flights’ di aplikasi AirAsia untuk membuat tempahan.   



2. Promosi SNAP

Selain itu, penumpang juga boleh menikmati penjimatan hingga 60% untuk penerbangan dan penginapan melalui promosi SNAP. Setiap tawaran adalah termasuk satu penerbangan pergi balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam. Pembelian boleh dilakukan menerusi ikon ‘SNAP’ di aplikasi AirAsia.

Mereka yang ingin menempah penginapan secara berasingan boleh menggunakan kod promosi AAHOTEL10 untuk mendapatkan diskaun 10% di mana-mana hotel yang disenaraikan pada ikon ‘Hotels’. Tempoh tempahan bermula dari sekarang hingga 31 Oktober 2021. 



3. AirAsia Travelmall

Buat pengunjung Langkawi, anda berpeluang menimati diskaun sehingga 70% untuk pembelian barangan bebas cukai Langkawi di Airasia Travelmall. Penghantaran percuma juga disediakan di kawasan Langkawi untuk pesanan dengan perbelanjaan minimum RM50. Diskaun lebih istimewa tersedia untuk para tetamu penerbangan Airasia, penumpang Airasia Ride serta para tetamu yang menginap di penginapan rakan kongsi AirAsia. 

Pembelian boleh dilakukan menerusi ikon Travelmall di aplikasi AirAsia.

4. AirAsia Food

Pelanggan juga boleh menikmati promosi makanan percuma oleh Airasia Food bermula sekarang hingga 31 Oktober 2021. Anda perlu menggunakan kod promosi mengikut kawasan di bawah ini, untuk menebusnya :

  1. Lembah Klang – FMKL
  2. Pulau Pinang – FMPN
  3. Kota Kinabalu – FMKK
  4. Seremban – FMSB
  5. Melaka – FMMK
  6. Johor Bahru – FMJB
  7. Ipoh – FMIP

5. AirAsia Grocer

Melalui AirAsia Grocer pula, pelanggan berpeluang dapatkan diskaun sehingga 50% untuk barangan terpilih dan penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM60. Pelanggan yang berminat dengan produk kecantikan boleh menikmati diskaun 50% untuk semua barangan dengan kod promosi SUPERAPP50, terhad pada RM25. Tekan pada ikon Beauty untuk lakukan pembelian.

6. AirAsia Ride

Sempena ulang tahun ini juga, para penumpang dari Lembah Klang, Langkawi dan Pulau Pinang boleh menebus perjalanan percuma menggunakan Airasia Ride. Hanya perlu tekan ikon Ride di aplikasi AirAsia, tempah kenderaan dan masukkan kod promosi FREERIDE ketika membayar. Ia terhad kepada perjalanan dengan harga RM10.

7. Health

Bagi pengguna yang mencari perkhidmatan perubatan melalui Airasia Health, anda boleh nikmati diskaun 10% untuk semua perkhidmatan yang tersedia dengan kod promosi HEALTH10 pada 26 Oktober 2021. Pelanggan juga boleh dapatkan diskaun sehingga 80% di Beverly Wilshire Medical Centre Beauty sepanjang minggu. 

8. IKHLAS

Disamping itu, aplikasi AirAsia juga meyediakan diskaun sehingga 40% untuk barangan terpilih di kedai IKHLAS. 

9. Money

Bukan itu sahaja, pelanggan yang mendaftar pelaburan dengan Stashaway melalui AirAsia Money sepanjang tempoh kempen ini akan mendapat diskaun RM25 bagi tambang penerbangan. 

Pengguna aplikasi juga boleh mengumpul BIG Points sepanjang tempoh Super App Day dan gunakan mata ganjaran itu untuk membuat bayaran pembelian seterusnya. Pelanggan boleh mengumpul 10 kali ganda BIG Points apabila mereka membuat pesanan di AirAsia grocer pada setiap hari Rabu, AirAsia food pada setiap hari Khamis dan AirAsia Beauty pada setiap hari Jumaat.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

Pemegang Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia boleh mula tebus penerbangan percuma
Tidak semua orang boleh terbang dengan AirAsia sekarang, hanya yang lengkap vaksin dibenarkan
AirAsia X cadang untuk pulangkan 0.5% sahaja hutang tiket penerbangan sebagai langkah penstrukturan semula
Tags: AirAsiaAirasia Super App
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AirAsia Super App tawar penerbangan RM12 sehala & pelbagai promosi, sempena ulang tahun pertama

AirAsia Super App tawar penerbangan RM12 sehala & pelbagai promosi, sempena ulang tahun pertama

26 October 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER