• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Perkhidmatan Apple Fitness+ akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 26/10/2021
  • Komen
Perkhidmatan Apple Fitness+ akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Apple Watch di Malaysia, akan boleh membuat aktiviti kecergasan dengan lebih efektfif menerusi Apple Fitness+ tidak lama lagi. Dalam kenyataan terbaru Apple, Malaysia termasuk dalam 15 negara baru yang akan boleh melanggan perkhidmatan Fitness+.

Apple Fitness+ telah dilancarkan pada Disember 2020, dan sedia digunakan di Australia, Kanada, Ireland, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mulai 4 November 2021, 15 lagi negara akan boleh melanggan perkhidmatan Fitness+ iaitu Malaysia, Austria, Brazil, Colombia, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Mexico, Portugal, Russia, Arab Saudi, Sepanyol, Spain, Switzerland, dan Emiriah Arab Bersatu.



Harga langganan

Apple telah menetapkan harga langganan untuk Fitness+ di Malaysia pada RM19.90/bulan atau RM119.90/tahun. Langganan Fitness+ ini boleh dikongsi bersama 5 ahli keluarga lain. Bagi pembeli baru Apple Watch Series 3 dan ke atas, mereka akan turut menerima langgan Fitness+ selama 3 bulan secara percuma.

Sekiranya pengguna mahu melanggan lebih banyak perkhidmatan Apple, boleh juga melanggan pek Apple One Premier di mana ia merangkumi beberapa perkhidmatan di dalam satu pelan iaitu Apple Fitness+, Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, dan iCloud+ bersama storan awan 2TB. Harga langganan Apple One Premier di Malaysia ialah RM69.90 dan ia boleh dikongsi bersama 5 lagi pengguna lain.



Peranti yang serasi

Pengguna Apple boleh menggunakan Fitness+ bersama Apple Watch Series 3 dan ke atas yang menjalankan watchOS 7.2 dan dipadankan bersama iPhone 6s dan ke atas dengan iOS 14.3.

Bagi menggunakan fungsi terkini Fitness+ seperti SharePlay, pengguna perlu memiliki Apple Watch Series 3 dan ke atas yang menjalankan watchOS 8.1, dan dipadankan bersama iPhone 6s dan ke atas dengan iOS 15.1; atau iPad dengan iPadOS 15.1; atau Apple TV 4K atau Apple TV HD dengan tvOS 15.1.

Fungsi Fitness+

Perkhidmatan Fitness+ direka untuk mengoptimumkan penggunaan Apple Watch untuk aktiviti kecergasan. Ia menyediakan pelbagai aktiviti seperti HIIT, Pilates, Kekuatan, Yoga, berjalan dan banyak lagi.

Pengguna boleh memantau aktiviti kecergasan mereka menerusi pelbagai data dan metrik masa nyata, seperti kadar degupan jantung dan kalori yang dibakar. Jadual kecergasan disediakan setiap minggu dari sependek 5 minit, sehingga 45 minit, menyediakan panduan aktiviti menerusi video dan audio.

Dalam kemaskini baru, Fitness+ menyediakan aktiviti baru iaitu meditasi. Selain itu, ia juga ditambah aktiviti berkumpulan menerusi perkongsian video masa nyata, Shareplay. Dengan ini, seisi keluarga boleh membuat aktiviti kecergasan bersama secara maya dari jarak jauh.

[Sumber: Apple]

Bacaan Berkaitan

Apple Watch Series 7 mula dijual di Malaysia, harga bermula RM1,749
Apple One boleh mula dilanggan di Malaysia
Apple Music akan datang dengan sokongan lagu Lossless, Spatial dan Dolby Atmos tanpa caj tambahan
Tags: appleApple Fitness+Apple OneApple One PremierApple SharePlay
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Perkhidmatan Apple Fitness+ akan tiba di Malaysia

Perkhidmatan Apple Fitness+ akan tiba di Malaysia

26 October 2021
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN