• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemas kini iOS 15.1 mula diedar, ada ciri baharu SharePlay dan 2 naik taraf kamera untuk iPhone 13 Pro

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:53 am
  • 26/10/2021
  • Komen
Kemas kini iOS 15.1 mula diedar, ada ciri baharu SharePlay dan 2 naik taraf kamera untuk iPhone 13 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan dalam pembentangan pengenalan sistem oeprasi iOS 15 dahulu, Apple telah mengadakan ciri SharePlay melalui kemas kini iOS 15.1 yang mula boleh dimuat turun pengguna sekarang termasuklah yang berada dalam pasaran Malaysia.

SharePlay adalah fungsi baharu yang membolehkan beberapa pengguna Facetime untuk menonton kandungan seperti video dalam keadaan di-sync-kan. Ia memberikan ilusi semacam anda menonton bersama dalam satu ruang. Maka, anda boleh memberi komen, bersembang tentang pada yang berlaku di atas paparan dan pihak di sebelah sana memahaminya.



Tidak terhad untuk video, SharePlay juga hadir pada APP seperti Apple TV, Apple Music, dan Apple Fitness+.

Kemas kini kedua adalah khas untuk pengguna iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Mereka boleh menikmati fungsi ProRes video, ciri rakaman berkualiti tinggi menggunakan codec yang lebih berprestasi tinggi. Namun, perlu diingatkan yang ia memakan ruang yang besar kerana kandungan yang dirakam kurang dimampatkan berbanding rakaman biasa.



Misalnya, 1 minit video ProRes dalam resolusi HD memakan sehingga 1.7GB ruang storan.

Lagi tentang kamera, Apple turut kini membenarkan mode macro yang dihidupkan secara automatic dimatikan. Tetapan itu boleh dijumpai dalam Setting APP kamera. Ia seperti mematikan fungsi automatik Nightmodei yang dihidupkan bila telefon berada dalam keadaan malap.

Seandainya anda masih belum menerima notifikasi untuk menaik taraf ke iOS 15.1, anda boleh pergi ke Setting > General > Software Update.

Tags: appleiOSiOS 15iOS 15.1iphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kemas kini iOS 15.1 mula diedar, ada ciri baharu SharePlay dan 2 naik taraf kamera untuk iPhone 13 Pro

Kemas kini iOS 15.1 mula diedar, ada ciri baharu SharePlay dan 2 naik taraf kamera untuk iPhone 13 Pro

26 October 2021
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER