• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

2 Diskstation Synology ini ada sehingga 24 slot storan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:15 pm
  • 27/10/2021
  • Komen
2 Diskstation Synology ini ada sehingga 24 slot storan
Share on FacebookShare on Twitter

Synology telah memperluas penawaran produk NAS untuk perusahaan kecil dan sederhana dengan pengenalan dua model Diskstation, DS2422+ dan DS3622xs+. Sekiranya syarikat anda perlukan storan yang besar, kedua-dua model kali ini hadir dengan 12 slot storan.

Kalau masih tak cukup, Synology turut melancarkan aksesori khas yang boleh menambah 12 slot lagi untuk jadikan 24 slot semuanya. Aksesori yang dimaksudkan adalah Diskstation DX1222.



Storan boleh diperluas menggunakan aksesori DX1222

Daripada segi fizikaliti, DS2422+ dan DS3622xs+ miliki rupa paras yang sama. Slot storan yang dimiliki mereka boleh menerima pemacu SATA HDD 3.5” dan SATA HDD/SSD 2.5”.

Perbezaan antara mereka adalah pada komponen dalaman. DS2422+ diperkasa cip AMD Ryzen. RAM seluas 4GB didatangkan bersama-samanya dan kalau tidak mencukupi, pengguna boleh perluaskannya sehingga 32GB melalui beberapa slot RAM yang disediakan. Ada juga slot expansion untuk pengguna masukkan storan cache NVMe SSD ataupun kad Ethernet 25GbE.



DS3622xs+ adalah yang lebih premium berbanding DS2422+. Ia diperkasa cip Intel Xeon dan dibekalkan RAM 16GB tapi boleh diperluas sehingga 48GB jika perlu. Slot expansion untuk memasukkan NVMe SSD bagi tujuan cache tetap ada dan salah satu slot itu sudah diduduki sekeping kad 10/25GbE.

Harga jualan produk-produk NAS ini tidak diperincikan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana produk Diskstation ini, anda boleh hubungi pengedar sah produk Synology di seluruh negara. Senarainya ada di sini.

Bacaan berkaitan

Synology DS1821+, solusi storan bertaraf Enterprise untuk pengusaha PKS
Tags: synologysynology ds2422+synolosy ds3622xs+
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
2 Diskstation Synology ini ada sehingga 24 slot storan

2 Diskstation Synology ini ada sehingga 24 slot storan

27 Oktober 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER