• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Synology DS1821+, solusi storan bertaraf Enterprise untuk pengusaha PKS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:20 am
  • 18/01/2021
  • Komen
Synology DS1821+, solusi storan bertaraf Enterprise untuk pengusaha PKS
Share on FacebookShare on Twitter

Synology telah mengumumkan satuproduk baru masuki pasaran Malaysia. DiskStation DS1821+ adalah penyelesaian storan yang ditujukan untuk golongan yang sedang menjalankan perushaan kecil dan sederhana (PKS) ataupun yang perlukan Network Attached Storage (NAS) yang miliki sistem keselamatan bertaraf Enterprise.

DS1821+ miliki 8 slot untuk anda masukkan storan SSD mahupun HDD. Disamping itu, ia juga ada 2 slot M.2 yang mampu terimas SSD jenis NVMe untuk bertindak sebagai ruangan cache semasa anda mengakses daripada ruang storan utama. Hasilnya, kepantasan memuat turun dan naik data untuk DS1821+ naik berkali ganda daripada biasa.



Di bahagian belakang unit ini ada 4 port LAN yang masing-masing menyokong kelajuan 1Gbps. Bandwidth mereka boleh digabungkan menjadi lebih tinggi menggunakan fungsi Link Aggregation. Kalau tak cukup, pemuka Ethernet 10GBps boleh dipasang pada slot PCIe yang disediakan.

Selain 4 Port LAN, ia juga ada 4 port USB 3.0 dan 2 port eSATA sekiranya anda ingin tambah storan daripada luar kepada DS1821+.



Menjadi tulang belakang kepada sistem ini adalah CPU AMD Ryzen V1500B bersama-sama dengna RAM 4GB. Tapia da satu slot RAM tambahan untuk anda perluaskan RAM sehingga 32GB.

Synology DS1821+ miliki semua fungsi asas yang sebuah NAS perlukan seperti akses FTP, SMB, DAV, dan sebagainya. Tapi, ia cemerlang daripada segi mempertingkat tahap keselamatan komputer-komputer anda. Melalui Active Backup Suite, anda boleh lakukan backup kepada semua komputer yang berhubung dengannya, sam ada Windows mahupun Linux. Virtual Machine juga dimungkin dengan VMWare dan Hyper-V.

Fungsi Hyper Backup pula boleh digunakakn untuk lakukan salinan data pendua kepada semua data yang anda muat naik ke storan awam pihak ketiga seperti Google Drive, OneDrive dan banyak lagi.

Synology DS1821+ sudahpun dijual dalam pasaran pada bermula RM4,509 (Lazada & Shopee) bergantung kepada konfigurasi storan dan RAM.

Tags: nasstoransynologysynology diskstaion ds1821+
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER