• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Ini sebabnya ramai rakyat Malaysia masih tidak menggunakan eWallet untuk membuat bayaran

  • OLEH Penaja
  • 8:30 am
  • 29/10/2021
  • Komen
Bolehkah kita menjalani hidup seharian tanpa wang tunai?
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh GrabPay]

Pandemik COVID-19 telah mempercepat proses digitalisasi dalam banyak aspek. Antaranya transaksi jual beli tanpa tunai. Selain menggunakan kad debit dan kad kredit, penggunaan dompet elektronik atau eWallet turut berkembang luas.

Walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai insentif untuk menggalakkan penggunaan eWallet seperti pemberian kredit eWallet kepada semua, masih ramai rakyat Malaysia ragu-ragu dan tidak menggunakan eWallet dalam jual beli.

Untuk mengukuhkan persepsi pengguna, penyedia eWallet perlu mempertingkatkan beberapa ciri-ciri dan aspek keselamatan. Di sini kami senaraikan beberapa kerisauan bekenaan eWallet yang ditimbulkan oleh rakyat Malaysia.

1. Serangan penggodam

Masalah besar dunia digital adalah serangan penggodam. Ia telah berevolusi di mana penggodam tidak lagi berusaha menggodam secara terus, sebaliknya menggunakan kelemahan manusia untuk diambil kesempatan. Cara paling klasik adalah mencuri kata laluan (password).

Bagi meningkatkan keselamatan, penyedia eWallet haruslah menyediakan sekurang-kurangnya 2 tahap pengesahan. Selain kata kunci, pengesahan keselamatan lain yang boleh diterapkan seperti nombor PIN, pengesahan TAC menerusi SMS ke nombor berdaftar, serta pengecaman biometrik. Pengecaman biometrik boleh dilakukan menggunakan wajah pengguna untuk iPhone, atau cap jari di kebanyak peranti pintar lain.

Jika kata laluan dicuri, pengesahan tahap seterusnya secara TAC SMS atau biometrik, boleh disahkan kerana ia hanya dimiliki oleh seorang sahaja, iaitu pengguna sebenar.

2. Sokongan keselamatan

Masalah seterusnya adalah sokongan keselamatan. Katakanlah pengguna telah diperdaya atau identiti eWallet mereka dicuri, sokongan keselamatan oleh penyedia perkhidmatan akan memberi kelegaan buat pengguna.

Apabila pengguna mendapati eWallet mereka digodam atau disalah guna, penyedia perkhidmatan yang bagus sudah menyediakan sistem untuk mengesan perkara tersebut. Ia boleh dikesan secara kecerdasan pintar (AI) di mana transaksi yang meragukan, tidak pernah dilakukan pengguna, atau terlampau besar, ditahan pembayaran sebelum dibenarkan.

Meskipun pengguna tidak sedar bahawa ada cubaan jenayah terhadap akaun mereka telah berjaya disekat oleh sistem AI, kurangnya berita akaun pengguna digodam sudah cukup menjadikan pengguna berasa selesa untuk menggunakan eWallet tersebut.

3. Perlindungan data peribadi

Perkara asas ini adalah penting untuk pengguna  supaya penyedia eWallet tidak boleh sewenang-wenangnya memperguna atau menjual maklumat peribadi pengguna untuk kegunaan selain eWallet. Melainkan dibenar dan dipersetujui pengguna.

Oleh itu, antara langkah yang boleh diambil penyedia eWallet adalah menerangkan dengan jelas bahawa eWallet mereka mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Selain itu, penyedia eWallet juga perlu disenaraikan sebagai eWallet yang diiktiraf dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

GrabPay menjamin keselamatan pengguna

Salah satu penyedia eWallet paling banyak digunakan di Malaysia adalah GrabPay. Bagi meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menggunakan eWallet setiap masa, GrabPay telah memastikan bahawa 3 masalah terbesar rakyat Malaysia terhadap eWallet ditangani segera.

Bagi mengelakkan digodam, setiap akaun pengguna akan dilapisi pengesahan dua faktor, menggunakan PIN Grab dan pengesahan biometrik. Ia memastikan keselamatan bila mana peranti pengguna hilang atau dicuri, akaun GrabPay di dalamnya tidak boleh digunakan sebarangan oleh sesiapa yang memiliki peranti tersebut.

Grab juga telah membina sistem AI yang memantau semua transaksi pengguna sepanjang masa, daripada penipuan dan kelakuan yang mencurigakan. Malah, Grab juga memastikan khidmat pelanggan mereka menguruskan semua aduan mengenai kes penipuan, dalam masa 24 jam.

Sebagai syarikat kewangan digital, GrabPay memenuhi standard tahap 1 PCI DSS, iaitu tahap keselamatan tertinggi untuk pembayaran. Di Malaysia, perkhidmatan GrabPay dikawal selia oleh BNM dan mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan. GrabPay juga menjamin bahawa maklumat peribadi pengguna tidak akan dikongsi atau digunakan untuk tujuan lain.

Oleh itu, amat penting supaya pengguna GrabPay mencipta / memasti ewallet mereka dilindungi dengan PIN Grab.

Tags: GrabGrabPaypenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Bolehkah kita menjalani hidup seharian tanpa wang tunai?

Ini sebabnya ramai rakyat Malaysia masih tidak menggunakan eWallet untuk membuat bayaran

29 October 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN