• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M4 Pro akan diperkasa cip 6nm dan pengecas 33W

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 02/11/2021
  • Komen
Poco M4 Pro akan diperkasa cip 6nm dan pengecas 33W
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat peranti mampu milik Poco, bakal menemui model baru Poco dilancarkan tidak lama lagi. Ini berikutan pengumuman Poco mengenai acara pelancaran Poco M4 Pro 5G.

Pelancaran ini akan diadakan pada hari Selasa, 9 November 2021, pukul 9 malam. Ia akan boleh ditonton secara langsung menerusi twitter @PocoGlobal, Facebook PocoGlobal dan YouTube PocoGlobal.



Acara ini juga merujuk kepada pelancaran antarabangsa, memberi petanda bahawa ia adalah model yang sama bakal tiba di Malaysia kelak. Kebiasaannya, model Poco yang dilancar di China dan India, adalah berbeza dengan model antarabangsa serta di Malaysia.

Media sosial rasmi Poco telah berkongsi beberapa maklumat tentang telefon pintar baru ini. Ia akan diperkasa pemproses 6nm, dikatakan berprestasi ultra. Sudah pasti, ia menyokong 5G seperti namanya.



#POCOpopquiz

Find the clues and unlock the secrets of different powers!

Share screenshots and see how many clues you can find!
#POCOM4Pro 5G is coming to #PowerUpYourFun! pic.twitter.com/nU1JPbmNJm

— POCO (@POCOGlobal) October 30, 2021

Di samping itu, Poco M4 Pro 5G juga akan menyokong pengecasan pantas 33W. Tetapi belum diketahui berapa pula kapasiti baterinya.

#POCOpopquiz

Look closely and find all the information you need to know about charging!

Leave a screenshot to prove that you did not miss it! #POCOM4Pro 5G will always #PowerUpYourFun. pic.twitter.com/HfC5kFeV5C

— POCO (@POCOGlobal) November 1, 2021

Khabar angin di internet melihat Poco M4 Pro 5G adalah jelmaan kepada Redmi Note 11. Ini tidak menghairankan kerana model sebelum ini, Poco M3 Pro 5G adalah telefon pintar Redmi Note 10 5G yang dijenamakan semula oleh Poco. Malah, banyak model Poco lain dijenamakan semula daripada telefon pintar Redmi.

Untuk rujukan, Poco M3 Pro 5G dijual di Malaysia berharga RM699 dengan RAM 4GB dan storan 64GB, telefon 5G paling murah di Malaysia. Adakah Poco M4 Pro 5G akan kekal dengan harga dan spesifikasi yang sama? Nantikan laporan kami kelak.

[Sumber: Poco]

Bacaan Berkaitan

Poco M3 Pro merampas takhta telefon 5G paling murah di Malaysia
Redmi Note 10S & Note 10 5G, dua ahli baru Redmi tiba di Malaysia
Xiaomi Malaysia sedia mengganti Poco M3 yang tidak boleh hidup semula
Tags: PocoPoco M4 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Poco M4 Pro akan diperkasa cip 6nm dan pengecas 33W

Poco M4 Pro akan diperkasa cip 6nm dan pengecas 33W

2 November 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

25 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN