• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Facebook matikan tag pengecaman wajah, lebih satu bilion templat akan dipadam

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:52 pm
  • 03/11/2021
  • Komen
Lebih 11 juta data pengguna Facebook di Malaysia bocor, ia termasuk nombor telefon dan lokasi
Share on FacebookShare on Twitter

Facebook mengumumkan bahawa ia akan mematikan sistem tag pengecaman wajah automatik. Jika anda pengguna tegar Facebook, tentu anda tahu mengenai sistem tersebut. Ia boleh mengesan individu di dalam sesebuah gambar berdasarkan wajah. Contohnya, jika anda muat naik gambar bersama keluarga, Facebook akan kenal pasti wajah yang ada dalam gambar itu dan cadangkan untuk tag akaun Facebook pemilik wajah-wajah tersebut.

Selepas ini, fungsi tag tidak akan wujud secara automatik lagi. Facebook akan padam lebih daripada satu bilion templat pengecaman wajah individu. Ini bermakna wajah orang tidak lagi akan dikenali secara automatik sama ada di dalam Memories, gambar atau video dan anda juga tidak dapat hidupkannya secara automatik. Selain itu, pengguna juga tidak akan dapat melihat tag yang dicadangkan dengan nama mereka dalam gambar dan video.



Namun, Facebook masih menggalakkan orang ramai untuk tag secara manual. Tetapi adakah anda akan menggunakan fungsi ini?

Selain itu, Automatic Alt Text yang dicipta untuk membantu individu buta, bagi mengolah tentang sesebuah gambar melalui audio tidak lagi akan memasukkan nama individu dalam foto yang diiktiraf.



Sumber

Semua ini akan bermula pada minggu yang akan datang. Facebook melakukan dua perkara ini kerana mereka mahu menilai semula penggunaan pengecaman wajah dalam kalangan masyarakat, peranan jangka panjangnya dan pengguna yang paling terkesan dengannya.

[Sumber: GSMArena, Facebook]

Tags: Facebook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Lebih 11 juta data pengguna Facebook di Malaysia bocor, ia termasuk nombor telefon dan lokasi

Facebook matikan tag pengecaman wajah, lebih satu bilion templat akan dipadam

3 November 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN