• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabra Evolve2 75 ada 8 mikrofon untuk sidang suara superjelas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:35 pm
  • 15/11/2021
  • Komen
Jabra Evolve2 75 ada 8 mikrofon untuk sidang suara superjelas
Share on FacebookShare on Twitter

Jabra dalam siri Evolve adalah barisan kelengkapan audio yang ditujukan kepada yang bekerja. Produk-produk dalam siri ini miliki spesifikasi mikrofon yang lebih mantap bagi memberikan kualiti suara lebih baik sewaktu bekerja.

Untuk pasaran Malaysia, Jabra telah melancarkan Evolve2 75, sebuah headfon dalam kategori on-ear wayarles dengan teknologi active noise-cancellation (ANC).



Harga Jabra Evolve2 75 di Malaysia

Jabra Evolve2 75 boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,950. Kombo bersama pad pengecas juga disediakan pada harga RM2,230. Menurut maklumat yang kami terima, ia sudahpun dijual di pengedar-pengedar rasmi.

Kedai rasmi Jabra berada di kedua-dua gedung Shopee dan Lazada, namun tiada satupun menyenaraikannya.



Sekiranya berminat, pembekal rasmi Jabra untuk pasaran Malaysia ialah Trendcomm Technology Sdn Bhd dan Ingram Micro (M) Sdn Bhd.

Spesifikasi Jabra Evolve2 75

Pada seunit Jabra Evolve2 75, ada 8 mikrofon yang tugasnya untuk memungut bunyi-bunyi sekitar bagi disuapkan kepada cip pemproses yang akan menyaring hingar dan menambah baik suara si pemakai. Jabra katanya mencipta semula boom mikrofon ini untuk lebih minimalistik dan apabila tidak diperlukan, ia boleh disembunyikan dengan mudah.

Salah satu ciri unik pada siri Evolve adalah kehadiran ciri Busylight. Ia adalah komponen LED berwarna merah yang akan menyala bila anda sedang bercakap melaluinya. Ia berguna untuk memberitahu orang sekeliling yang anda sedang sibuk. Makanya, lebih rendah frekuensi gangguan anda akan alami.

Jabra Evolve2 75 menggunakan pemacu audio 40mm dengan kepekaan frekuensi antara 20Hz hingga 20kHz. Bateri yang menguasakannya boleh membekalkan tenaga sehingga 36 jam tanpa ANC ataupun 33 jam dengan ANC.

Ia dicas melalui kabel USB-C ataupun pad pengecas wayarles yang dijual secara berasingan.

Ia berhubung dengan host menggunakan Bluetooth 5.2 dan sehingga 8 host boleh ditambat sekali gus, lantas membasmi keperluan untuk menyahtambat yang kerap.

Bacaan Berkaitan

Jabra umum 4 fon telinga baru: Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 & Elite 2 – SoyaCincau.com

Jabra Evolve2 30, fon kepala dengan bunyi jelas dan terang di kedua belah pihak – SoyaCincau.com

Jabra Panacast 20 & 50, penuhi keperluan pekerja hibrid untuk persidangan video – SoyaCincau.com

Tags: active noise cancellationANCaudioJabrajabra evolve2 75
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Jabra Evolve2 75 ada 8 mikrofon untuk sidang suara superjelas

Jabra Evolve2 75 ada 8 mikrofon untuk sidang suara superjelas

15 November 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER