Huawei baru-baru ini melancarkan dua model baru untuk barisan jam pintar mereka, dikenali sebagai Huawei Watch GT 3 dan Watch GT Runner. Ia adalah jam pintar yang memiliki teknologi canggih dan fungsi tersendiri, sesuai untuk golongan sasaran.
Bagi jam pintar Huawei Watch GT 3, tempahan awal dibuka dari 20 November sehingga 3 Disember 2021. Jam pintar Huawei Watch Runner pula menerima tempahan awal dari 20 November sehingga 12 Disember 2021. Sudah pasti, hadiah menarik menanti pembeli awal yang membuat tempahan dalam tempoh ini:
Harga dan promosi
Harga jualan dan promosi tempahan awal untuk jam pintar terbaru Huawei ini adalah seperti berikut:
- Huawei Watch GT 3 Black Strap (46mm) – RM999 [Percuma Huawei FreeLace bernilai RM379]
- Huawei Watch GT 3 Leather Strap (46mm) – RM1,099 [Percuma Huawei FreeLace bernilai RM379]
- Huawei Watch GT 3 Black Strap (42mm) – RM999 [Rebat segera RM200]
- Huawei Watch GT 3 Black Strap (42mm) – RM999 [Rebat segera RM200]
- Huawei Watch GT Runner – RM1,399 [PERCUMA Huawei Freebuds 3i dan Scale 3, bernilai RM548]
Semua model baru ini boleh ditempah sekarang di Stor Online Huawei, Stor Huawei Experience di seluruh negara, serta di Stor Huawei Shopee dan Stor Huawei Lazada.
Huawei Watch GT 3
Tampil dalam rekabentuk jam bergaya, Watch GT 3 penuh dengan fungsi kecergasan dan kesihatan. Ia menyediakan lebih daripada 100 mod kecergasan untuk dipantau, selain pelan latihan yang pintar dan dinamik. Ia juga memiliki GPS terbina di dalam.
Terdapat dua saiz jam yang disediakan, iaitu 42mm dengan hayat bateri sehingga 7-hari, dan 46mm dengan hayat bateri sehingga 14-hari. Kedua-duanya memiliki skrin sentuh AMOLED, berukuran 1.43-inci (46mm) dan 1.32-inci (42mm).
Teknologi yang dinaiktaraf pada Watch GT 3 adalah seperti Huawei TruSeen 5.0+ bagi memantau degupan jantung dan tahap oksigen SpO2 masa nyata. Manakala fungsi Huawei TruSleep 2.0 pula menyediakan maklumat bukan sahaja kualiti tidur, tetapi tahap degupan jantung dan pernafasan pengguna.
Kesemua data daripada jam pintar ini boleh dianalisa dan diteliti dengan lebih mendalam menerusi aplikasi Huawei Health. Pengguna juga boleh menetapkan sasaran harian untuk dicapai dan peringatan agar bergerak, membuat aktiviti atau menjaga pemakanan.
Watch GT 3 juga kalis air 5 ATM, membolehkan ia masuk ke dalam air bersih sehingga 50 meter dalam.
Huawei Watch GT Runner
Jam pintar yang direka untuk penggemar larian seperti marathon, menyediakan fungsi tambahan yang berbeza berbanding Watch GT 3. Antaranya, ia memiliki GPS yang lebih baik kerana antenanya dipasang di dalam ruangan pemegang tali agar lebih cepat dan tepat menangkap lokasi.
Huawei turut memasang fungsi Huawei TruSport, di mana ia menyediakan data larian lebih terperinci, tahap latihan serta tahap asid laktik, sangat berguna untuk peminat larian atau pelari profesional. Semua data ini dipaparkan pada skrin sentuh AMOLED sebesar 1.43-inci.
Badan jam juga sangat ringan tetapi tahan lasak, diperbuat daripada polimer fiber dan kemasan seramik. Tali pula diperbuat daripada getah silikon.
Menambah fungsi larian pada Watch GT Runner adalah bantuan pelatih, AI Running Coach. Pengguna boleh menetapkan jadual latihan yang tersendiri berdasarkan jantinan, tinggi, berat, serta tahap degupan jantung, jarak dan kekerapan larian. Ini membantu pengguna membina tahap larian dengan tepat.
Hayat bateri juga panjang, sehingga 14-hari untuk kegunaan biasa dan sehingga 20 jam GPS aktif berterusan. Selain kegunaan kecergasan, pengguna juga boleh menikmati pelbagai fungsi pintar lain seperti notifikasi, kawalan muzik dan menjawab panggilan di Watch GT Runner.
Watch GT Runner juga kalis air 5 ATM, membolehkan ia masuk ke dalam air bersih sehingga 50 meter dalam.