• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram dan FB Messenger tidak disulitkan sehingga 2023 untuk melindungi pengguna

  • OLEH Najib
  • 3:01 pm
  • 22/11/2021
  • Komen
Instagram dan FB Messenger tidak disulitkan sehingga 2023 untuk melindungi pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Meta, syarikat induk yang memiliki Facebook, Instagram dan WhatsApp, dilaporkan tidak akan mengaktifkan penyulitan hujung-ke-hujung (End to End Encrytion, E2EE) secara lalai, untuk sistem permesejan FB Messenger dan Instagram mereka. Sekurang-kurangnya sehingga tahun 2023, bagi melindungi pengguna. Berbeza dengan WhatsApp, penyulitan hujung-ke-hujung telah sekian lama dipergunakan.

Laporan tersebut memetik temuramah dengan Ketua Keselamatan Meta, Antigone Davis, menyatakan bahawa penangguhan ini dibuat bagi melindungi keselamatan pengguna. Meta mahu memastikan mereka dapat terus memantau dan menghentikan aktiviti jenayah.



Bagi mempersiapkan platform mereka agar lebih selamat buat pengguna, E2EE akan diaktifkan secara lalai apabila Meta sudah bersedia dengan kemampuan pengesanan aktiviti jenayah yang menggabungkan data tidak tersulit merentasi seluruh aplikasi Meta, maklumat akaun dan laporan daripada pengguna sendiri.

Pada kenyataan sebelum ini, Meta memaklumkan bahawa E2EE akan tersedia di Instagram dan FB Messenger sekitar tahun 2022. Tetapi dengan kenyataan Davis, ia akan dilaksanakan lebih lambat sehingga Meta lebih bersedia.



Penyulitan platform permesejan telah sekian lama dikritik kerana melidungi penjenayah apabila perbualan mereka tidak dapat diketahui. Setiausaha Kerajaan United Kingdom, Priti Patel, pernah menyatakan bahawa E2EE akan menyukarkan lagi langkah untuk memantau penderaan kanak-kanak, termasuk rancangan Facebook untuk menggunakannya.

Tahun lepas, beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, India, dan Jepun, mengeluarkan kenyataan bersama yang meminta industri untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk memberi akses kepada data yang telah disulitkan selepas waran dikeluarkan. Ini kerana ia memberi mudarat besar kepada keselamatan awam.

Adakah pemantauan pihak berkuasa lebih penting berbanding hak asasi kebebasan manusia?

[Sumber: The Verge, The Guardian]

Tags: Facebookinstagrammeta
Najib

Najib

POPULAR

Instagram dan FB Messenger tidak disulitkan sehingga 2023 untuk melindungi pengguna

Instagram dan FB Messenger tidak disulitkan sehingga 2023 untuk melindungi pengguna

22 November 2021
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN