• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pandu lalu McDonald’s menaiki kuda sampai ke luar negara, tetapi dikritik ramai

  • OLEH Najib
  • 11:42 am
  • 22/11/2021
  • Komen
Pandu lalu McDonald’s menaiki kuda sampai ke luar negara, tetapi dikritik ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Pandu lalu disediakan untuk pengguna berkenderaan membuat pesanan tanpa keluar kenderaan. Tetapi bagaimana pula dengan haiwan, adakah ia boleh dikira sebagai kenderaan juga?

Sekumpulan penunggang kuda ditemui telah membuat pesanan di pandu lalu McDonald. Perkara ini dimuat naik di Facebook 3S Equestrian Cyberjaya, dan dikongsikan di beberapa platform media lain.



📸: Facebook 3S Equestrian Cyberjaya pic.twitter.com/LpLICKi3HJ

— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) November 14, 2021

Perkara ini turut menarik perhatian antarabangsa. Salah satunya, diperkatakan di dalam rancangan The Late Show with Stephen Colbert.

Dalam rancangan tersebut, ia hanya menunjukkan petikan daripada sebuah portal media beserta gambar. Stephen hanya memberi komen ringkas tentang bagaimana jika dia membuat pesanan menggunakan kuda. Dia juga menerangkan bahawa ia berlaku di Cyberjaya, bandar versi Silicon Valley di Malaysia.



Dikritik ramai

Walaupun perkara ini nampak unik dan menyeronokkan, ramai pengguna di Malaysia mengkritiknya. Antaranya, komen tentang tahi yang ditinggalkan oleh kuda.

So siapa kutip chocotop tu?🌚 kayangan2 tersebut ke? https://t.co/8GR526C6p6

— Maestro of Zanyism (@xanexenxein) November 14, 2021

Bagaimanapun, 3S Equestrian Cyberjaya menjelaskan kepada Juice bahawa ahli pasukan kuda tersebut telah bersedia membersihkannya pada masa yang sama. Jadi pekerja McDonald tidak perlu membuat kerja tambahan membersihkan tahi kuda di sana.

Tetapi paling banyak komen memperkatakan tentang ketidakpatuhan SOP, iaitu tidak memakai topeng muka di khalayak ramai.

Malah, ada juga yang kasihan dengan kuda kerana terpaksa tapak kakinya tidak sesuai berjalan di atas jalan tar. Selain itu, ada yang bertanyakan jika kuda sebenarnya boleh berada di atas jalan raya, kerana ia tidak membayar cukai jalan. Melainkan ia dalam kategori basikal.

Ada juga yang risau soal keselamatan kerana kuda mungkin sukar dikawal, jika terkejut melihat kenderaan atau manusia lain, atau dihon mengejut.

Jika kuda boleh membuat pesanan di pandu lalu, adakah motosikal dan basikal juga layak sebenarnya? Dalam hal ini, kerajaan harus membuat peraturan yang jelas untuk keselamatan semua.

[Sumber: TRP]

Tags: cyberjayamcdonalds
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Pandu lalu McDonald’s menaiki kuda sampai ke luar negara, tetapi dikritik ramai

Pandu lalu McDonald’s menaiki kuda sampai ke luar negara, tetapi dikritik ramai

22 November 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN