• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor 60 akan tiba bulan hadapan, pengganti Honor 50 yang baru dilancar

  • OLEH Najib
  • 12:22 pm
  • 23/11/2021
  • Komen
Siri Honor 60 akan tiba bulan hadapan, pengganti Honor 50 yang baru dilancar
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah mengumumkan secara rasmi bahawa mereka akan melancarkan model pengganti Honor 50 tidak lama lagi. Untuk rujukan, Honor 50 baru dilancarkan di China pada bulan Jun lepas, dan tiba di Malaysia pada bulan Okotber.

Iklan video pelancaran Honor 60 telah dimuat naik di laman sosial Weibo, menyatakan bahawa ia akan dilancarkan pada 1 Disember 2021 di China. Dari video tersebut, ia hanya menunjukkan rupa seperti bintang berkerlipan di langit malam, petanda rekaan atau kemasan telefon yang akan digunakan.



Dapat juga dilihat seperti ada kamera kecil di tengah skrin, serta skrin yang melengkung di sisi. Selain itu, tiada apa lagi dapat diperkatakan tentang apa yang ada di Honor 60 kelak.

Tetapi sudah pasti, ada beberapa laman web telah mengeluarkan berita bocor tentang Honor 60. Antaranya, Whylab berkongsi gambar yang menunjukkan Honor 60 memiliki modul kamera belakang di dalam dua bulatan besar, rekaan yang sama seperti di Honor 50 sekarang.



Sumber

Selain itu, terdapat penemuan di laman 3C China yang menyenaraikan satu model telefon pintar baru Honor, menggunakan nombor model GIA-AN00. Apa yang dapat dikatakan tentang telefon pintar ini adalah ia menyokong pengecasan pantas 66W (11V/6A), perkara yang telah sedia ada di Honor 50 sekarang.

Sumber

Lain-lain perkara belum kedengaran, tetapi sudah pasti Honor 60 akan memiliki naik taraf berbanding Honor 50. Antara perkakas yang ada di Honor 50 adalah kuasa cip Snapdragon 778G, skrin AMOLED 6.57-inci AMOLED 120Hz, bateri 4,300mAh, kamera utama 108MP dan kamera hadapan 32MP.

Paling utama, Honor 50 adalah telefon pintar Honor yang pertama kembali ada Google di dalamnya. Honor berjaya menggunakan Google di perantinya selepas ia berpisah dengan Huawei. Dijangka, Honor 60 juga akan sedia menggunakan Google apabila ia dilancarkan di pasaran antarabangsa.

[Sumber: GizmoChina]

Bacaan Berkaitan

  • Honor 50 Lite akan dijual di Malaysia di bawah RM1,000
  • Honor 50 sah akan kembali menggunakan Google Mobile Services
  • Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia, hadiah bernilai RM550 untuk tempahan awal
Tags: honorHonor 60
Najib

Najib

POPULAR

Siri Honor 60 akan tiba bulan hadapan, pengganti Honor 50 yang baru dilancar

Siri Honor 60 akan tiba bulan hadapan, pengganti Honor 50 yang baru dilancar

23 November 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN