• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MAVCOM akan paksa AirAsia X pulang wang penumpang, Oppo A95 bergaya & AirPods 3 RM829 | SBM #45

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:13 pm
  • 23/11/2021
  • Komen
MAVCOM akan paksa AirAsia X pulang wang penumpang, Oppo A95 bergaya & AirPods 3 RM829 | SBM #45
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang dikupaskan dalam video minggu ini, kenapa MAVCOM desak Air Asia X tentang hutang penumpang? Apa kemaskini iOS 15.1.1 bawakan kepada pengguna iPhone 12 dan 13? Apa yang menarik pada rekaan badan Oppo A95?

1. Honor 50 Lite akan dijual di Malaysia di bawah RM1,000

Pada 25 November 2021, peminat di Malaysia boleh mendapatkan telefon pintar Honor 50 Lite pada harga RM999 sahaja. Honor 50 Lite dikuasakan cip Snapdragon 662, tanpa 5G. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Ia memiliki Google Playstore serta Google Mobile Services.



Maklumat lanjut di sini.

2. Sony Xperia Pro-I: Maklumat penjualannya di Malaysia

Xperia Pro-I kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM7,199. Tempahan awal sudahpun dibuka sehingga 15 Disember 2021. Untuk pembeli awal, anda akan terima mikro-SD 256GB.



Maklumat penuh di sini.

3. Oppo A95: Maklumat Penjualannya di Malaysia

Oppo A95 kini telah dilancarkan di Malaysia dan akan dijual pada harga RM1,099. Oppo memperkenal Oppo A95 dengan rekaan Oppo Glow, di mana ia menggunakan kemasan dwi-matte bergemerlapan seperti jutaan berlian di belakang. 

Spesifikasi telefon di sini.

4. Harapan AirAsia X pulangkan duit tiket terkubur andai rancangan ini gagal

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tidak bersetuju dengan kerangka kerja penstrukturan semula hutang AirAsia X Bhd.. MAVCOM mendesak AirAsia X untuk merangka semula pelan penstrukturan semula hutang terutamanya pada pengkelasan penumpang dalam kategori “Pemiutang”.

Berita penuh di sini.

5. AirPods 3 mula boleh didapatkan di Malaysia

Laman web Apple Malaysia sudahpun mula menjual AirPods 3 pada harga RM829 seunit. AirPods 3 mempunyai fizikaliti lebih menyerupai AirPods pro terutamanya pada bahagian bekas. Tetapi, spesifikasi teknikalnya lebih hampir dengan AirPods 2 kecuali ia ada audio spatial.

Maklumat lanjut di sini.

6. ASUS Vivobook OLED berkuasa RTX 3050 tiba di Malaysia

Asus Malaysia melancarkan barisan laptop siri Vivobook Pro dengan paparan OLED, pilihan skrin bersaiz 14-inci dan 15-inci. Asus turut mengumumkan ketibaan siri Vivobook 15 OLED, pilihan laptop yang lebih murah dari serendah RM2,799.

Spesifikasi & harga laptop di sini.

7. Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

Pengguna iPhone 12 dan iPhone 13, boleh mula memuat turun kemaskini iOS 15.1.1, ia menyelesaikan masalah berkaitan panggilan suara. Kemaskini tersebut tertulis, ia memperbaiki prestasi panggilan terputus di model iPhone 12 dan iPhone 13.

Berita penuh di sini.

Tags: AirAsia Xairpods 3Honor 50 Liteios 15.1.1Oppo A95sony xperia pro-i
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
MAVCOM akan paksa AirAsia X pulang wang penumpang, Oppo A95 bergaya & AirPods 3 RM829 | SBM #45

MAVCOM akan paksa AirAsia X pulang wang penumpang, Oppo A95 bergaya & AirPods 3 RM829 | SBM #45

23 November 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN