• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia Pro-I: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:52 pm
  • 15/11/2021
  • Komen
Sony Xperia Pro-I: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Xperia Pro-I adalah telefon paling berkuasa daripada pengeluar telefon itu. Ia masih lagi telefon dengan satu-satunya paparan 4K UHD dalam pasaran dan untuk iterasi ini, Sony menaik taraf bahagian kamera utamanya.

Harga Sony Xperia Pro-I di Malaysia

Xperia Pro-I di Malaysia boleh didapati pada harga RM7,199. Tempahan awalnya sudahpun dibuka sehingga 15 Disember 2021.



Promo pembelian awal juga diadakan dan sebagai antara pembeli awal, anda akan terima mikro-SD 256GB. Promo PWP juga ada:

  • PWP A (Complete Creator’s Kit) – RM1,668 RM829
  • PWP B (Vlog Monitor Sahaja) – RM1,040 RM519

Spesifikasi Sony Xperia Pro-I

Xperia Pro-I tampil dengan spesifikasi kamera premium. Ia menggunakan sensor 1” 12MP yang boleh anda temui pada RX100 VII. Ia menjelaskan modul kamera yang agak besar di bahagian belakang. Kalau anda masih ingat, dalam bulan Mei 2021 lalu kami laporkan Sharp Aquos R6 pun ada sensor 1” dan bahagian belakangnya nampak macam sebuah RX0 dilekatkan di bahagian belakang.



Xperia Pro-I ada kelebihan kerana bukaan aperturnya boleh berubah sama ada F2.0 ataupun F4.0. Bukaan apertur luas berguna dalam keadaan malap kerana cahaya boleh masuk dalam kuantiti lebih banyak berbanding F4.0.

Kelebihan F4.0 pula adalah mengehadkan cahaya bila berada dalam keadaan yang terang dan pada masa yang sama meghasilkan gambar yang lebih tajam, relative kepada F2.0.

Bersama-sama kamera utama itu, Sony turut membekalkan kamera telefoto 12MP (50mm) dan ultralebar 12MP (16mm), bersama-sama sebuah kaemra 3D TOF untuk menentukan kedalaman medan.

Komponen premium itu diselitkan bersama ciri premium. Ia boleh merakam video 4K pada kadar 120fps dengan kemampuan autofokus superpantas sepanjang masa.

Walau apapun, Xperia Pro-I masih sebuah telefon. Bahagian mukanya ada panel OLED 6.5” pada resolusi 4K dan refresh rate 120Hz. Atas papan utama, ia dilengkapi SoC Snapdragon 888, storan 512GB dan RAM 12GB. Storannya boleh diperluas melalui slot hibrid.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,5000mAh dengan pengecasan pada kadar 30W.

Bacaan berkaitan

Polis tahan suspek tipu jualan PS5, kerugian dilapor sekitar RM500 ribu – SoyaCincau.com

Sony Alpha 7 IV: Maklumat penjualannya di Malaysia – SoyaCincau.com

WF-C500 & WH-XB910N, alternatif audio mudah alih mampu milik terbaik Sony – SoyaCincau.com

Tags: Sonysony xperiasony xperia pro-i
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony Xperia Pro-I: Maklumat penjualannya di Malaysia

Sony Xperia Pro-I: Maklumat penjualannya di Malaysia

15 November 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER