• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Tiktok

Aplikasi TikTok boleh diakses lebih banyak model TV, direka khas untuk paparan melintang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:09 pm
  • 24/11/2021
  • Komen
Aplikasi TikTok boleh diakses lebih banyak model TV, direka khas untuk paparan melintang
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan ini, TikTok lancarkan aplikasi TV di Amerika Utara dengan kerjasama Amazon Fire TV. Kini TikTok sedang kembangkan aplikasi TVnya ke lebih banyak platform TV di seluruh Amerika Utara. Platform tersebut ialah Google TV dan peranti Android TV OS yang lain, TV Pintar LG model 2018 (webOS4.0) – 2021(webOS6.0) dan TV Pintar Samsung. Paparan aplikasi TikTok TV juga direka semula khusus untuk skrin besar.

Seperti Tiktok di telefon, aplikasi TV juga ada sediakan akses kepada kedua-dua tab suapan For You dan Following. Melalui TV, pengguna dilihat mudah untuk mengaksesnya kerana pilihan tersebut disusun sebaris bersama pelbagai kategori video seperti komedi, pelajaran, sukan, pelancongan dan haiwan.



Jika di telefon, pengguna perlu swipe ke atas untuk menavigasi video dan melihat video yang lain. Tetapi di TikTok TV, ia nampak lebih mudah kerana ada ciri AutoPlay disertakan. Melaluinya, selepas sesebuah video tamat ditontonkan, ia akan mainkan video yang lain pula dengan sendiri.

Terdapat juga halaman Discover, yang membolehkan pengguna mencari lebih banyak kandungan, pencipta dan kategori kegemaran di TikTok.



Untuk memuatkan video menegak pada skrin TV yang luas, Tiktok akan memaparkan versi video yang sama tetapi lebih malap di latar belakang. Jadi, pengguna tak akan nampak latar belakang hitam mengisi ruang skrin. Orang ramai boleh log masuk ke aplikasi TikTok TV dengan akaun yang sudah didaftarkan Untuk mula mengaksesnya.

Dengan kemampuan ini, sudah tentu video TikTok boleh ditonton secara beramai-ramai serentak melalui satu skrin yang besar. Memandangkan ia belum ada di Malaysia, anda masih boleh tonton video TikTok bersama individu lain, tetapi melalui FaceTime di iPhone.

Jika ia dilancarkan di Malaysia, adakah anda akan rasa teruja untuk cuba buka TikTok di TV? Untuk saya, mungkin saya rasa tak sabar untuk mencubanya. Sebab akses TikTok di telefon adakalanya kurang memuaskan, lebih-lebih lagi skrin telefon adalah kecil. Ia jadi lebih mengganggu, apabila sedang seronok menonton video di TikTok, tiba-tiba bateri telefon pula habis. Jika buka di TV, pasti tak ada masalah tersebut berlaku.

Namun, pastikan anda hanya akses video yang positif dan kandungan yang bermanfaat sahaja di Tiktok. Kerana berdasarkan kajian TikTok sendiri, mereka dapati remaja alami kesan mental selepas tonton video bahaya yang ada unsur mencederakan diri sendiri seperti Blue Whale Challenge.

[Sumber: TechCrunch, Tiktok]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Aplikasi TikTok boleh diakses lebih banyak model TV, direka khas untuk paparan melintang

Aplikasi TikTok boleh diakses lebih banyak model TV, direka khas untuk paparan melintang

24 November 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER