• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TikTok dapati remaja alami kesan mental selepas tonton video bahaya seperti Momo Challenge

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:23 pm
  • 24/11/2021
  • Komen
TikTok dapati remaja alami kesan mental selepas tonton video bahaya seperti Momo Challenge
Share on FacebookShare on Twitter

TikTok telah membuat satu kajian secara global untuk memahami dengan lebih mendalam, penglibatan golongan muda terhadap cabaran yang berbahaya contohnya seperti Milk Crate Challenge dan video hoax (penipuan). TikTok meninjau lebih 10,000 remaja, ibu bapa dan guru dari Argentina, Australia, Brazil, Jerman, Itali, Indonesia, Mexico, UK, AS dan Vietnam.

0.3% ambil bahagian dalam cabaran bahaya

Dalam kajian itu, golongan remaja diminta untuk menerangkan tahap risiko cabaran dalam talian yang mereka lihat baru-baru ini. 48% percaya bahawa mereka selamat dan mengkategorikan cabaran itu sebagai menyeronokkan.



32% mengatakan bahawa terdapat sedikit risiko tetapi masih selamat,14% menyifatkannya sebagai berisiko dan berbahaya, manakala 3% meletakkan cabaran dalam talian itu sebagai sangat berbahaya. Hanya 0.3% daripada remaja berkata mereka telah mengambil bahagian dalam cabaran yang mereka kategorikan sebagai sangat berbahaya.

Kajian ini juga mendapati bahawa remaja menggunakan pelbagai kaedah untuk memahami risiko yang mungkin berlaku apabila mereka terlibat dengan cabaran dalam talian. Ini termasuklah menonton video orang lain mengambil bahagian dalam cabaran, membaca komen, dan berbual dengan rakan. Namun, 46% remaja menyatakan mereka mahu maklumat tentang risiko dengan lebih meluas.



63% rasa kesan negatif pada mental selepas melihat kandungan cederakan diri

Mengelak dari melihat kandungan hoax bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila ia sudah menjadi satu trend. Antara hoax yang pernah terkenal ialah Momo Challenge dan Blue Whale Challenge. Dalam kes sebelum ini, amaran palsu diedarkan dan mencadangkan kanak-kanak mengambil bahagian dalam permainan yang akan mengakibatkan mereka cederakan diri sendiri.

31% daripada responden berkata mereka merasakan kesan negatif selepas melihat kandungan hoax mencederakan diri dan bunuh diri. Daripada jumlah itu, 63% berkata impak negatif berlaku kepada kesihatan mental mereka.

Penjaga juga menyebut bahawa mereka tidak pasti cara untuk bercakap dengan remaja tentang penipuan ini. 56% ibu bapa berkata mereka tidak akan menyebut tentang hoax yang mencederakan diri sendiri melainkan seorang remaja telah menyebutnya dahulu. 37% ibu bapa merasakan perkara ini sukar untuk dibincang tanpa mereka meminatinya.

TikTok akan padam video mencederakan diri

TikTok sudah membuang kandungan hoax dan mengambil tindakan untuk hadkan penyebarannya, tetapi mereka merancang untuk melakukan lebih lagi. TikTok bahkan akan memadam video amaran palsu tentang cabaran hoax mencederakan diri.

Mereka juga akan menambah baik bahasa yang digunakan pada label amaran. Label itu akan dipaparkan kepada pengguna yang cuba mencari kandungan berkaitan dengan cabaran atau penipuan berbahaya. Pengguna akan digalakkan untuk melawat Pusat Keselamatan (Safety Centre) bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Sekiranya individu mencari kandungan penipuan yang dikaitkan dengan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri, sumber tambahan kini akan dipaparkan dalam ruang carian.

Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang usaha TikTok untuk menyediakan platform yang selamat dan mesra untuk pengguna di Pusat Keselamatan.

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TikTok dapati remaja alami kesan mental selepas tonton video bahaya seperti Momo Challenge

TikTok dapati remaja alami kesan mental selepas tonton video bahaya seperti Momo Challenge

24 November 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN