• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y76 5G ada hadiah Mobile Legends dan pewangi eksklusif

  • OLEH Najib
  • 3:54 pm
  • 24/11/2021
  • Komen
Vivo Y76 5G ada hadiah Mobile Legends dan pewangi eksklusif
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah melancarkan telefon 5G paling murah mereka, Vivo Y76 5G dengan tawaran menarik daripada Vanzo dan Mobile Legends. Vivo Y76 5G dikelaskan sebagai peranti kelas pertengahan, menyediakan fungsi berkuasa dengan harga di atas RM1,000.

Harga dan promosi

Vivo Y76 5G dengan RAM 8GB dan storan 128GB, akan dijual di Malaysia pada harga RM1,299. Tempahan awal dibuka sehingga 26 November 2021 di Vivo E-Store, Vivo Stor Lazada dan Vivo Stor Shopee.



Pembeli dalam tempoh tempahan awal ini akan menerima hadiah percuma bernilai RM587 iaitu rebat RM50, set hadiah pewangi Vanzo, jaminan lanjutan tahun kedua dan 1 tahun perlindungan keretakan skrin.

Jualan pertama Vivo Y76 5G akan diadakan pada 27 November 2021 dan boleh didapati di semua saluran jualan seperti kedai konsep Vivo dan pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia. Hadiah percuma yang serupa turut diberikan pada hari pertama jualan, kecuali rebat RM50.



Tebus Skin Mobile Legends

Vivo bekerjasama dengan Moonton untuk menyediakan secara rawak, skin Mobile Legends bernilai RM55 kepada pembeli Vivo Y76 5G. Selain itu, Vivo juga akan mengadakan pertandingan Mobile Legends “Super V Championship” di Central i-City, Shah Alam pada 27 dan 28 November 2021. Antara hadiah yang disediakan adalah wang tunai RM5,000.

Spesifikasi Vivo Y76 5G

Prestasi hebat Vivo Y76 5G disumbang oleh cip Mediatek Dimensity 700 5G 7nm, cip yang sama digunakan di Redmi Note 10 5G (RM799) dan Realme 8 5G (RM899). RAM pula sebesar 8GB dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD turut diterima untuk meluaskan storan. Lebih menarik lagi, telefon ini memiliki keupayaan RAM tambahan yang boleh menggunakan ruang storan menjadi RAM sehingga 4GB. Jadi, ia boleh memiliki RAM 12GB.

Tarikan yang cuba ditonjolkan pada Vivo Y76 5G adalah kemasan belakangnya yang menarik. Terdapat dua warna disediakan. Midnight Space menawarkan kemasan ibarat langit malam yang penuh bintang berkerlipan. Cosmic Aura pula menawarkan saujana cahaya aurora yang menggabungkan bayangan warna biru dan oren.

Skrinnya berukuran 6.58-inci jenis LCD, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 60Hz. Ia masih menggunakan takuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 16MP. Vivo melengkapi kamera hadapan ini dengan teknologi AI Extreme Night Selfie, memberkan tangkapan swafoto yang lebih cerah walaupun dalam persekitaran malap.

Kamera belakang pula gabungan tiga kamera AI. Ia adalah kamera utama 50MP, kamea potret 2MP dan kamera makro 2MP. Tangkapan gambar dan video boleh menjadi lebih meriah dan kreatif menerusi fungsi Fun Shot, seperti Double View Video dan Double Exposure.

Bateri 4,100mAh dipasang ke dalam Vivo Y76 5G dan ia boleh dicas pantas dengan kuasa FlashCharge 44W menerusi USB-C. Pembesar suara hanya mono tetapi jek audio 3.5mm masih ada di bawah. Pengimbas capjarinya di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo X70 5G & X70 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Vivo Y33s ada keupayaan meluaskan RAM sehingga 12GB
  • Vivo Y12A peranti mampu milik dengan bateri 5000mAh dan kuasa Snapdragon 439
Tags: vivoVivo Y76
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Vivo Y76 5G ada hadiah Mobile Legends dan pewangi eksklusif

Vivo Y76 5G ada hadiah Mobile Legends dan pewangi eksklusif

24 November 2021
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER