• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi akan tamatkan 3G di seluruh negara mulai 6 Disember

  • OLEH Najib
  • 11:40 am
  • 25/11/2021
  • Komen
Ujian rangkaian 5G Digi catat kelajuan mencecah 1.6Gbps
Share on FacebookShare on Twitter

Digi merupakan salah satu syarikat telekomunikasi mudahalih di Malaysia, akan mula menamatkan perkhidmatan 3G mereka di Malaysia. Rangkaian 3G Digi akan dimatikan sepenuhnya menjelang hujung tahun 2021.

Sehubungan itu, Digi telah mengeluarkan jadual berkenaan penamatan rangkaian 3G mereka, mengikut wilayah dan negeri. Penamatan ini akan bermula pada 6 Disember 2021 dan berakhir sepenuhnya pada 30 Disember 2021.



Jadual penuh penamatan 3G Digi adalah seperti berikut:

  • 6 Disember 2021 – Wilayah Timur (Kelantan, Pahang, Terengganu)
  • 13 Disember 2021 – Sabah
  • 16 Disember 2021 – Wilayah Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan)
  • 20 Disember 2021 – Wilayah Utara (Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang)
  • 22 Disember 2021 – Wilayah Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya)
  • 30 Disember 2021 – Sarawak

Pengguna peranti 3G dinasihatkan untuk bertukar kepada peranti 4G secepat mungkin, untuk memastikan dapat terus menggunakan internet. Selain itu, pengguna peranti 4G turut diingatkan untuk mengaktifkan fungsi Voice over LTE (VoLTE).



VoLTE memberi panggilan suara berdifinisi tinggi (HD) melalui rangkaian 4G. Dengan panggilan HD, pengguna boleh menikmati panggilan suara yang jelas dan stabil, serta dapat menggunakan internet berkelajuan tinggi walaupun semasa panggilan.

Periksa peranti dan kad SIM

Para pelanggan Digi boleh memeriksa sama ada telefon bimbit mereka mempunyai keupayaan 4G dengan menghantar SMS “4G” ke 28282 atau dengan memeriksa senarai peranti berkeupayaan VoLTE. Semua peranti berkeupayaan VoLTE akan memaparkan ikon 4G apabila panggilan telefon dibuat. Pengguna boleh mengaktifkan VoLTE dengan mudah mengikut tetapan peranti masing-masing untuk menikmati kualiti panggilan suara yang lebih jelas menerusi rangkaian 4G.

Pengguna juga boleh menghantar SMS “LTE” ke 20000 untuk mengetahui sama ada kad SIM mereka adalah 4G. Permintaan untuk menggantikan SIM bagi tujuan menaik taraf ke SIM 4G boleh dibuat di Digi Store atau Digi Kiosk berhampiran anda jika perlu.

Tawaran mampu milik untuk membantu peralihan ke peranti 4G

Untuk memudahkan peralihan ke 4G, Digi menawarkan pelbagai telefon pintar 4G dengan fungsi VoLTE pada harga yang berpatutan menerusi tawaran Pakej PowerJimat, di samping peranti-peranti yang terpilih di bawah Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai penamatan rangkaian 3G Digi, sila layari https://www.digi.com.my/network/upgrade-to-4g

Bacaan Berkaitan

  • Digi #JuaraInternet hargai pengguna dengan pelbagai tawaran menarik
  • Mahu derma peranti untuk #MYBaikHati? Digi boleh datang ambil di rumah
  • Pakej Data Khas Pelajar Digi hanya RM20 sebulan, diluaskan ke pelajar sekolah
Tags: digi
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Ujian rangkaian 5G Digi catat kelajuan mencecah 1.6Gbps

Digi akan tamatkan 3G di seluruh negara mulai 6 Disember

25 November 2021
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN