• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cuba teka kata laluan apakah paling kerap digunakan netizen Malaysia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:30 pm
  • 01/12/2021
  • Komen
Cuba teka kata laluan apakah paling kerap digunakan netizen Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

NordPass ada kongsikan 200 kata laluan yang kerap digunakan individu pada tahun 2020. Maklumat ini adalah berdasarkan penyelidikan mereka pada tahun 2021. Ada 50 Negara yang terlibat dalam penyelidikan ini. Melalui senarai kata laluan yang dikongsikan, mereka memperincikan berapa kali kata laluan itu digunakan dan masa yang diperlukan untuk memecahkannya.

Secara keseluruhan, kata laluan yang paling kerap digunakan oleh semua 50 Negara ialah 123456. Pada tahun 2019 juga kata laluan ini berada dalam 10 tangga teratas senarai. Di Malaysia, kata laluan ini berada di tangga pertama dalam 200 senarai kata laluan yang kerap digunakan. Sebanyak 316,610 kali ia sudah diguna dan hanya 1 saat sahaja masa yang diperlukan untuk memecahkannya.



Berikut merupakan senarai 10 kata laluan yang kerap digunakan di Malaysia pada tahun 2020, masa untuk pecahkannya dan jumlah berapa kali ia digunakan.

  1. 123456 – 1 saat untuk pecahkannya dan sebanyak 316,610 kali sudah digunakan.
  2. 123456789 – 1 saat untuk pecahkannya dan sebanyak 101,532 kali sudah digunakan.
  3. 12345 – 1 saat untuk pecahkannya dan sebanyak 85,980 kali sudah digunakan.
  4. hotmail123 – 1 hari untuk pecahkannya dan sebanyak 79,255 kali sudah digunakan.
  5. abc123 – 1 saat untuk pecahkannya dan sebanyak 61,429 kali sudah digunakan.
  6. 12345678 – 1 saat untuk pecahkannya dan sebanyak 45,020 kali sudah digunakan.
  7. password – 1 saat untuk pecahkannya dan sebanyak 43,252 kali sudah digunakan.
  8. 1234567890 – 1 saat untuk pecahkannya dan sebanyak 32,718 kali sudah digunakan.
  9. sayang – 1 saat untuk pecahkannya dan sebanyak 30,551 kali sudah digunakan
  10. 1234567 – 1 saat untuk pecahkannya dan sebanyak 23,169 kali sudah digunakan.

Dapat dilihat dari senarai ini, penggunaan kata laluan nombor sahaja, sangat kerap digunakan. Mungkin kerana ia sangat mudah untuk diingat. Selain itu, sebelum ini saya ada kongsikan 10 nama superhero yang sering digunakan sebagai kata laluan. Salah satu antaranya iaitu Superman, berada pada tangga ke 40 dalam senarai kata laluan yang paling kerap digunakan di Malaysia. Sebanyak 4,173 kali ia sudah digunakan dan penggodam hanya perlukan 1 saat sahaja untuk pecahkannya.



Anda boleh lihat senarai 200 kata laluan yang kerap digunakan di sini. Jika ada kata laluan anda tersenarai, maka lebih baik anda tukarnya segera sebelum akaun anda digodam. Berikut merupakan panduan untuk anda mencipta kata laluan yang selamat:

  1. Cipta kata laluan yang panjang untuk keselamatan tambahan dengan sekurang-kurangnya 12 sehingga 15 aksara. Contoh kata laluan yang kuat ialah “nasilemaktelur2KACANG10”. 
  2. Guna kata laluan yang tidak akan digunakan oleh orang lain. Kerana jika kata laluan itu mudah diketahui, maka ada potensi data anda mudah digodam.
  3. Letak karakter istimewa di tengah kata laluan. Menurut Lorrie Faith Cranor iaitu Ketua Teknologi FTC dan profesor sains komputer Carnegie Mellon, anda perlu letakkan digit, simbol, dan huruf besar di seluruh kata laluan, bukan pada awal atau akhir sahaja.

Namun bagaimana Nordpass boleh tahu tentang kata laluan ini? Bukankah kata laluan sepatutnya disulitkan (encrypted)? Senarai kata laluan ini telah disusun dengan kerjasama penyelidik bebas yang pakar dalam penyelidikan insiden keselamatan siber. Mungkin setelah akaun mangsa digodam dan laporan dibuat, mangsa bertindak kongsikan kata laluan yang digunakan kepada penyelidik bebas yang terlibat.

[Sumber: Nordpass]

[Sumber gambar: Emptystack]

Bacaan berkaitan

1. TIPS: Cara mencipta kata laluan paling selamat

2. 10 nama superhero ini sering digunakan sebagai kata laluan, ini sebab ia perlu dielakkan

3. UK mahu haramkan kata laluan lalai di peranti

Tags: kata laluan
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cuba teka kata laluan apakah paling kerap digunakan netizen Malaysia

Cuba teka kata laluan apakah paling kerap digunakan netizen Malaysia

1 December 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN