• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polisi baharu Twitter ini akan hukum akaun yang tweet benda ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:10 pm
  • 02/12/2021
  • Komen
Polisi baharu Twitter ini akan hukum akaun yang tweet benda ini
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter kini melarang pengguna berkongsi gambar atau video individu lain tanpa kebenaran pemilik gambar itu. Ini merupakan perkara baru di bawah polisi maklumat peribadi Twitter. Bagi mereka, tweet yang mempunyai kandungan berkenaan boleh menggugat privasi seseorang dan berpotensi membawa bahaya terhadap individu.

Beginning today, we will not allow the sharing of private media, such as images or videos of private individuals without their consent. Publishing people’s private info is also prohibited under the policy, as is threatening or incentivizing others to do so.https://t.co/7EXvXdwegG

— Twitter Safety (@TwitterSafety) November 30, 2021

Jika seseorang melaporkan gambar atau video yang melanggar polisi, Twitter akan keluarkan media itu dan ambil tindakan kepada akaun si pelaku. Ini termasuklah menyembunyikan tweet mereka atau beritahu individu tersebut untuk padam tweet yang melanggar polisi itu. Twitter juga mempunyai hak untuk menggantung pengguna itu secara kekal. Walaupun begitu, sebelum Twitter mengambil tindakan, mereka juga akan menilai sekiranya imej itu tersedia di tempat lain, seperti di TV atau akhbar.



Namun, ada beberapa pengecualian kepada polisi baru ini. Ia tidak dikuatkuasakan kepada gambar atau video peribadi milik tokoh awam dan individu, sekiranya gambar mempunyai nilai berita. Perkara ini mungkin boleh dikaitkan dengan perkongsian gambar untuk membantu orang yang kesusahan, atau video kemalangan yang boleh membuatkan masyarakat berhati-hati. Tetapi, jika media tersebut dikongsi untuk mengganggu atau menakut-nakutkan mereka, Twitter mungkin akan memadam media itu.

Jika anda terjumpa gambar anda dimuat naik tanpa kebenaran dan digunakan untuk tujuan yang tidak baik, anda boleh laporkannya di pusat bantuan Twitter.



Mengikut polisi maklumat peribadi Twitter, berikut merupakan perkara yang tidak boleh dikongsikan di platform itu tanpa kebenaran pemilik asal:

  1. Alamat rumah atau maklumat lokasi, termasuk alamat jalan, koordinat GPS atau maklumat pengenalan lain yang berkaitan dengan lokasi yang dianggap peribadi
  2. Dokumen pengenalan diri, termasuklah IC yang dikeluarkan kerajaan
  3. Maklumat untuk berhubung, seperti nombor telefon peribadi atau alamat e-mel
  4. Maklumat akaun kewangan, termasuk butiran akaun bank dan kad kredit
  5. Maklumat peribadi lain, seperti data biometrik atau rekod perubatan.
  6. Gambar atau video peribadi individu

Nampaknya, Twitter sangat menitik beratkan privasi pengguna. Perkara ini juga boleh bantu mengekang masalah buli siber.

[Sumber: Engadget, Twitter]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Polisi baharu Twitter ini akan hukum akaun yang tweet benda ini

Polisi baharu Twitter ini akan hukum akaun yang tweet benda ini

2 December 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN