• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Nothing Ear (1) edisi hitam akan tiba di Malaysia bulan ini

  • OLEH Najib
  • 12:05 pm
  • 08/12/2021
  • Komen
Nothing Ear (1) edisi hitam akan tiba di Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing, syarikat yang diasaskan oleh bekas pengasas OnePlus, Carl Pei kini mengumumkan produk kedua mereka, Nothing Ear (1) Black Edition. Ia adalah fon telinga yang sama dengan produk pertama keluaran mereka, bezanya pada warna sahaja.

Nothing turut mengumumkan bahawa produk mereka kini lebih mesra alam sekitar, dengan pengikitrafan bebas karbon oleh SGS yang berpusat di Geneva. Nothing berharap, pengguna akan lebih tertarik memilih produk mereka kerana ia menyumbang kepada kelestarian dunia.



Menurut Nothing, Ear (1) menggunakan 1.78kg karbon dalam penghasilannya. Bagi meneutralkan jejak karbon ini, Nothing mengguna pakai sijil tenaga boleh diperbaharui dalam proses pembuatan, kemudian membeli kredit karbon tambahan daripada Standard Karbon Diperakui (Verified Carbon Standard) untuk mengimbangi pelepasan karbon selebihnya.

Tarikh dan harga di Malaysia

Berita baik untuk peminat di Malaysia, Nothing Ear (1) Black Edition akan dijual di Malaysia mulai 17 Disember 2021. Tetapi khas untuk tempahan awal, Nothing Malaysia bekerjasama dengan Crossover Malaysia, kedai yang menjual kasut dan gayahidup premium gaya baru.



Tempahan awal eksklusif Nothing Ear (1) Black Edition di Crossover akan dibuka mulai 8 Disember 2021 dan ia boleh didapati di Stor Online Crossover, serta di kedai fizikal Crossover di Sunway Pyramid dan Mid Valley. Harga jualan edisi hitam ini kekal sama, iaitu RM499 sahaja.

Pada hari pertama jualan iaitu 17 Disember 2021, Nothing Ear (1) Black Edition akan boleh dibeli di Stor Nothing di Shopee, serta daripada pengedar sah Nothing seperti SenQ, Harvey Norman, DirectD dan banyak lagi.

Spesifikasi

Fon telinga Nothing Ear (1) menyokong teknologi penyaring hingar aktif (ANC), serta mod Transparency, iaitu mendengar bunyi persekitaran tanpa mencabut fon telinga.

Baterinya memberi masa penggunaan sehingga 4 jam bersama ANC aktif dan 5.7 dengan ANC dimatikan. Bersama bekas pengecas, ia boleh membekal tenaga sehingga 24 jam penggunaan dengan ANC aktif, atau sehingga 34 jam penggunaan dengan ANC dimatikan.

Teknologi Bluetooth 5.2 disokong oleh Nothing Ear (1) dan ia boleh dihubungkan dengan peranti Android dan iOS. Ia juga diiktiraf IPX4 iaitu kalis percikan air.

Bekas pengecas Nothing Ear (1) berbentuk empat segi dan ia boleh dicas menerusi port USB-C dan secara Qi wayarles.

Kenali lebih lanjut tentang Nothing Ear (1) di dalam video kami di bawah

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Ear (1): Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Produk pertama Nothing akan dilancar pada 27 Julai
  • Pengasas OnePlus umum penubuhan syarikat “Nothing”
Tags: NothingNothing Ear 1
Najib

Najib

POPULAR

Nothing Ear (1) edisi hitam akan tiba di Malaysia bulan ini

Nothing Ear (1) edisi hitam akan tiba di Malaysia bulan ini

8 December 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN