• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sistem Facebook dilapor lemah membezakan iklan sebenar dengan iklan bermotif politik, Malaysia terkesan teruk

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:33 am
  • 10/12/2021
  • Komen
Sistem Facebook dilapor lemah membezakan iklan sebenar dengan iklan bermotif politik, Malaysia terkesan teruk
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu kajian audit keatas sistem pengiklanan Facebook, dilaporkan bahawa platform itu gagal membezakan iklan bermotifkan politik dengan iklan sebenar pada kadar yang tinggi. Malaysia terkesan teruk dengan ketakcekapan ini apabila sehingga 45% iklan bermotifkan politik tersebar di platform itu.

Bukan itu sahaja, ada insiden yang Facebook melabelkan iklan sebenar sebagai iklan politik. Frekuensinya bukan rendah, ralat tersebut berlaku kepada 83% iklan yang dimasukkan dalam platform tersebut.



Impak kegagalan Facebook menjalankan tugasnya antaranya adalah pihak tidak bertanggungjawab mengeksploitasi kelemahan ini untuk menyebarkan perkara tidak elok dan ia mempengaruhi persepsi pengguna Facebook yang lain.

Pengguna yang melihat iklan yang tidak dilabelkan sebetulnya tidak akan menyedari yang maklumat itu bertujuan untuk mempengaruhi mereka untuk condong kepada ideologi polotik tertentu.



Pihak yang berniat baik turut terkena tempias serupa kerana iklan mereka dicop sebagai iklan politik dan ia tidak dihidangkan kepada sasaran.

Penyelidik telah menganalisis 33.8 juta iklan di platform Facebook yang diutuskan antara Julai 2020 hinggalah Februari 2021. Dalam tempoh tersebut, ada dua pilihan raya berlaku, satu di A.S dan satu lagi di Brazil.

Isu ini timbul berkemungkinan disebabkan Facebook tidak memperuntukkan tenaga kerja tempatan manusia yang cukup untuk menganalisis setiap iklan yang masuk ke platform mereka. Orang tempatan lebih memahami konteks dan lebih peka kepada setiap cara halus yang digunakan pihak tidak bertanggung jawab untuk menyebarkan ideologi berbahaya.

Misalnya, di A.S, walaupun sebanyak lebih 1 juta iklan dianalisis, mereka dapati yang amaun iklan yang gagal dilabelkan sebagai iklan politik cumalah 1%.

Sumber: Cyber Security For Democracy

Bacaan berkaitan

Gamer Forza Horizon 5 ini di-ban 8000 tahun, rekaan kereta jadi punca – SoyaCincau.com

Periksa Newsfeed Facebook anda, 1 daripada 4 entri adalah iklan dan ini buktinya – SoyaCincau.com

Facebook matikan tag pengecaman wajah, lebih satu bilion templat akan dipadam – SoyaCincau.com

Tags: Facebookkeselamatan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER