• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Vivo V23e miliki kamera hadapan autofokus untuk swafoto jelas dan tajam

  • OLEH Najib
  • 11:44 am
  • 10/12/2021
  • Komen
Siri Vivo V23e miliki kamera hadapan autofokus untuk swafoto jelas dan tajam
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia kini memperkenalkan barisan baru telefon pintar kelas pertengahan mereka, siri Vivo V23e ke Malaysia. Siri V membawakan kamera hadapan berprestasi tinggi, sesuai untuk peminat swafoto yang gemar mengambil gambar diri sendiri.

Siri Vivo V23e dilihat sebagai pengganti kepada siri Vivo V21 yang baru dilancarkan pada April lepas. Tetapi ia bukan telefon 5G daripada Vivo paling murah, kerana ia masih tidak dapat menyaingi harga Vivo Y76 5G.



Terdapat dua model Vivo V23e dilancarkan iaitu Vivo V23e dan Vivo V23e 5G. Ia serupa dalam hampir semua perkara, kecuali kamera dan sokongan 5G. Varian dan harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Vivo V23e (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,399
  • Vivo V23e 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,599

Terdapat dua warna disediakan untuk kedua-dua model iaitu Moonlight Shadow dan Sunshine Coast.



Kepada yang berminat, tempahan awal untuk siri Vivo V23e dibuka dari sekarang sehingga 17 Disember 2021. Ia boleh ditempah di pelbagai platform seperti E-store rasmi vivo, rakan kongsi E-dagang termasuk Lazada dan Shopee, dan peniaga sah serta rakan kerjasama seperti Chan Furniture, Courts, Harvey Norman, Lulu, Senheng, Sentriq, senQ, Thundermatch dan Urban Republic.

Hadiah percuma disediakan untuk pembeli dalam tempoh tempahan awal ini iaitu:

  • Vivo V23e – PERCUMA Kotak Hadiah Dispenser Sabun Automatik, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun bernilai RM518
  • Vivo V23e 5G – PERCUMA beg galas, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun bernilai RM459

Spesifikasi Vivo V23e

Model tanpa sokongan 5G ini dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G96, RAM 8GB dan storan 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan, di dalam slot hibrid. Ia memiliki bateri 4,050mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Skrinnya jenis AMOLED berukuran 6.44-inci dengan resolusi HD Penuh. Pengimbas capjari terletak di dalam skrin. Terdapat takuk kecil terletak di atas skrin, memuatkan kamera hadapan 50MP F2.0.

Kamera hadapan ini memiliki autofokus, menjadikan tangkapan swafoto yang tajam tidak kira subjek dekat atau jauh. Ia juga dilengkapi teknologi Eye Focus, mampu mengesan mata supaya subjek kekal menjadi fokus dan hasil gambar yang tajam dan jelas.

Kamera belakang ada tiga, gabungan kamera utama 64MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Pengguna boleh menghasilkan gambar dan video lebih kreatif dengan fungsi seperti dwi-kamera bokeh, mod pendedahan berganda, mod malam ekstrem dan mod penstabil ultra.

Spesifikasi Vivo V23e 5G

Model ini diperkasa oleh cip Mediatek Dimensity 810, RAM 8GB dan storan 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan, di dalam slot hibrid. Ia memiliki bateri 4,050mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Skrin juga serupa, jenis AMOLED berukuran 6.44-inci dengan resolusi HD Penuh dan bertakuk kecil di atas. Pengimbas capjari terletak di dalam skrin. Dari luar, tidak ada beza rupa antara model 4G dan 5G ini.

Untuk kamera hadapan, ia menggunakan kamera 44MP F2.0 dengan autofokus. Di belakang pula, ia menggandingkan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4.

Kamera dimodel 5G ini memiliki semua fungsi yang terdapat di model 4G, seperti teknologi Eye Focus, dwi-kamera bokeh, mod pendedahan berganda, mod malam ekstrem dan mod penstabil ultra.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo V21 5G dilancar dengan kerjasama empat jenama fesyen tempatan
  • Vivo V21 & V21e: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Vivo Y76 5G ada hadiah Mobile Legends dan pewangi eksklusif
Tags: vivoVivo V23e
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Vivo V23e miliki kamera hadapan autofokus untuk swafoto jelas dan tajam

Siri Vivo V23e miliki kamera hadapan autofokus untuk swafoto jelas dan tajam

10 December 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

16 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER