• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 15.2 akan beritahu anda jika ada pemasangan perkakas tidak asli Apple

  • OLEH Najib
  • 9:46 am
  • 13/12/2021
  • Komen
iOS 15.2 akan beritahu anda jika ada pemasangan perkakas tidak asli Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengeluarkan kemaskini peringkat ujian untuk iOS 15.2 dan ia telah menunjukkan beberapa perkara baharu sebelum versi stabil dilepaskan tidak lama lagi. Selain membaiki kerentanan dan pepijat, ia juga akan menunjukkan kepada pengguna sejarah baik pulih peranti.

Senarai sejarah baik pulih ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dan ia akan memberitahu sama ada barang gantian asli Apple digunakan atau tidak. Jika ia asli, akan terpapar teks “Genuine Apple Part” di sebelahnya. Malah, anda boleh melihat maklumat lanjut dengan menekan padanya dan akan keluar masa dan tarikh baik pulih dibuat.



Jika iOS 15.2 telah dikeluarkan secara rasmi nanti, anda boleh melihat sejarah baik pulih ini di bahagian Settings > General > About. Tetapi jika anda tidak pernah membaiki iPhone tersebut, bahagian baru ini tidak akan kelihatan.

Kalau ada perkakas atau barangan bukan asli Apple digunakan, perkakas yang tidak berfungsi atau perkakas yang telah digunakan di iPhone lain sebelum ini, ia akan memaparkan amaran. Amaran ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada telefon tetapi memberi cadangan supaya menggunakan barangan asli Apple.



Walaupun baik pulih rasmi daripada Apple agak mahal, Apple menyatakan bahawa berjumpa pakar baik pulih dengan juruteknik yang disahkan dan menggunakan perkakas asli Apple adalah cara paling selamat dan dipercayai untuk membaikinya. Malah, baik pulih yang tidak mengikat skru dengan baik mungkin boleh meninggalkan kesan seperti kerosakan pada bateri, mengakibatkan kepanasan luar biasa atau memberi kecederaan.

Tetapi ciri baharu ini hanya terdapat di model iPhone tertentu sahaja. Bagi iPhone XR, XS, XS Max,dan ke atas, akan dapat melihat jika bateri pernah ditukar. Untuk iPhone 11 dan ke atas, dapat memeriksa bateri dan skrin. iPhone 12 dan ke atas pula, dapat melihat notis pertukaran untuk bateri, skrin dan kamera.

Apple sebelum ini beberapa kali cuba menyekat baik pulih pihak ketiga, seperti mematikan fungsi pengimbas wajah Face ID jika tidak diganti oleh juruteknik yang disahkan Apple. Tetapi mereka menarik larangan tersebut dan membenarkan pengguna membaiki sendiri skrin tanpa mengganggu Face ID.

[Sumber: Apple]
[Gambar: Unsplash]

Bacaan Berkaitan

  • Fungsi terbaru iPhone 13 jadikan baikpulih skrin pihak ketiga hampir mustahil
  • Apple akan benarkan skrin iPhone 13 dibaiki pihak ketiga
  • Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1
Tags: appleapple iphoneiphone
Najib

Najib

POPULAR

iOS 15.2 akan beritahu anda jika ada pemasangan perkakas tidak asli Apple

iOS 15.2 akan beritahu anda jika ada pemasangan perkakas tidak asli Apple

13 December 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN