• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

TIPS: Cara tambah tandatangan Gmail di laptop & telefon

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:24 pm
  • 16/12/2021
  • Komen
TIPS: Cara tambah tandatangan Gmail di laptop & telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Emel menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi secara profesional, contohnya untuk menghantar dokumen pekerjaan kepada rakan kerja. Di Gmail, pengguna boleh menambah lagi elemen profesional itu dengan meletakkan tandatangan (signature) pada bahagian bahawa emel. Melalui ciri yang dikenali sebagai signature ini, pengguna boleh letakkan nama, nombor telefon, jawatan atau informasi lain yang bersesuaian untuk mengakhiri emel.

Sumber

Untuk meletakkan tandatangan pada emel di Gmail, anda boleh lakukannya menerusi laptop dan aplikasi telefon. Ikut langkah mudah di bawah:



Cara tambah tandatangan di Gmail menggunakan laptop

  1. Log masuk akaun Gmail anda
  2. Klik butang tetapan dan klik See all settings
  1. Di bawah tab General, scroll ke bawah sehingga anda temui pilihan signature.
  2. Tekan Create New
  1. Dalam kotak yang disediakan, masukkan nama untuk tandatangan anda dan tekan Create.
  1. Anda kemudian akan dibawa kembali ke skrin tetapan
  2. Satu kotak teks akan muncul di sebelah tandatangan anda tadi
  3. Taip tandatangan e-mail yang anda inginkan di dalam kotak teks ini. Anda juga boleh pilih jenis font yang sesuai untuk tampilkan tandatangan anda lebih menarik.
  1. Setelah selesai, anda boleh tetapkan tandatangan anda hadir secara lalai untuk kegunaan emel baru atau untuk emel yang di balas/foward
  1. Scroll ke bawah dan klik save changes

Tandatangan ini akan muncul setiap kali anda tulis emel baru, balas atau forward emel kepada penerima. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa tandatangan yang anda hasilkan dari laptop hanya akan muncul apabila anda hantar emel melalui laptop. Oleh itu, anda perlu cipta tandatangan melalui aplikasi telefon pula, untuk memastikan agar ada tandatangan apabila anda hantar emel melalui aplikasi itu.

2. Cara tambah tandatangan di Gmail menggunakan aplikasi di Android & iOS

Untuk hasilkan tandatangan di aplikasi Gmail telefon, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Buka aplikasi Gmail
  2. Tekan butang menu, iaitu 3 garis melintang di atas kiri
  3. Tekan setting
  4. Pilih akaun emel yang anda ingin tambahkan tandatangan
  5. Klik Mobile Signature untuk hidupkan ciri ini
  1. Taip tandatangan anda
  2. Apabila selesai, anda perlu tekan OK untuk Android. Untuk iOS, anda perlu kebelakang (back) sahaja.

Dengan melengkapkan ciri tanda tangan ini, emel anda akan kelihatan lebih profesional. Anda juga tidak perlu bersusah payah lagi untuk menaip tandatangan setiap kali ingin menghantar emel. Ia memudahkan dan menjimatkan masa.

[Sumber: Digitaltrends]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: Cara hidupkan pengesahan sebelum hantar emel di Gmail
  • Warnakan folder di dalam Google Drive supaya lebih mudah dikenali, ini caranya
  • TIPS: 5 cara berhenti terima emel Newsletter tanpa butang unsubscribe
Tags: GmailGoogle Gmail
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
TIPS: Cara tambah tandatangan Gmail di laptop & telefon

TIPS: Cara tambah tandatangan Gmail di laptop & telefon

16 December 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN