• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[KEMASKINI] Maybank2u tidak boleh diakses di peranti dan laman web

  • OLEH Najib
  • 3:43 pm
  • 20/12/2021
  • Komen
[KEMASKINI] Maybank2u tidak boleh diakses di peranti dan laman web
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 3.50PM: Maybank memaklumkan bahawa terdapat masalah sambungan di aplikasi Maybank, MAE dan laman web Maybank2u.

KEMASKINI 10.15PM: Maybank menyatakan isu tersebut telah selesai jadi aplikasi Maybank, MAE dan laman web Maybank2u boleh digunakan semula.



Namun begitu, isu tersebut telah diselesaikan dan anda boleh cuba gunakan semula aplikasi Maybank2u, aplikasi MAE by Maybank2u atau laman web Maybank2u buat masa ini. Sekiranya masih mengalami isu tersebut, sila DM kami untuk kami bantu anda dengan lebih lanjut. Terima kasih.

— Maybank (@MyMaybank) December 20, 2021

Perkhidmatan perbankan dalam talian nombor 1 di Malaysia, Maybank2u oleh Maybank tidak dapat diakses buat masa kini. Masalah ini dihadapi oleh ramai pengguna di Malaysia dan heboh diperkatakan di media sosial.

Semakan kami mendapati bahawa Maybank2u tidak boleh diakses di peranti melalui aplikasi Maybank2u dan juga MAE, serta menerusi pelayar di laman web maybank2u.com.my. Ada pengguna yang mahu menggunakan pembayaran Maybank QR turut tidak boleh menggunakannya.



Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman atau kenyataan daripada Maybank berkenaan masalah ini. Maybank memaklumkan bahawa terdapat masalah sambungan di aplikasi Maybank, MAE dan laman web Maybank2u.

Hi Kfloo, good day to you and any inconvenience caused is much regretted. We are experiencing intermittent for the Maybank MY app, MAE app and Maybank2u website at the moment.

— Maybank (@MyMaybank) December 20, 2021

Maybank sebelum ini sering memberi notis awal berkenaan gangguan berjadual mereka, terutama sekali sewaktu jualan dalam talian seperti jualan 7.7 dan jualan 9.9. Gangguan sebegini sering memberi kesan bukan sahaja perkhidmatan dalam talian, malah mesin ATM juga.

Maybank juga baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan kembali mengenakan caj RM1 kepada pengguna yang mengeluarkan wang tunai di mesin ATM bukan Maybank, mulai 1 Februari 2022. Selain itu, portal klasik Maybank2u akan turut ditutup mulai 1 Januari 2022.

Tags: MaybankMaybank2u
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
[KEMASKINI] Maybank2u tidak boleh diakses di peranti dan laman web

[KEMASKINI] Maybank2u tidak boleh diakses di peranti dan laman web

20 December 2021
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN