• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi TV Stick 4K, pemain Android TV kompak kini ada paparan 4K

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 20/12/2021
  • Komen
Xiaomi TV Stick 4K, pemain Android TV kompak kini ada paparan 4K
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mahu menjadikan TV anda kepada TV pintar, salah satu pilihan termurah adalah mendapat Xiaomi Mi TV Stick yang berharga kurang daripada RM150 dengan paparan sehingga resolusi HD Penuh 1080p. Kini Xiaomi mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan versi yang dipertingkat dengan resolusi 4K, dipanggil sebagai Xiaomi TV Stick 4K.

Ia mengekalkan rekaan kompak yang mirip dengan Mi TV Stick lama dalam bentul dongle, bersama alat kawalan jauh yang masih tidak berubah. Kecuali pada logo, kini dengan nama Xiaomi berbanding Mi sebelum ini. Ia adalah langkah yang diambil Xiaomi untuk menyeragamkan nama produk mereka agar lebih mudah disebut, dimulakan sejak pelancaran Xiaomi 11T.



Helaian spesifikasi menjelaskan bahawa pemain android Xiaomi ini dikuasakan cip Cortex-A35 4-teras bersama GPU Mali-G31 MP2. RAM di dalam sebanyak 2GB, lebih besar berbanding Mi TV Stick lama tetapi storan dalaman kekal dengan 8GB.

Selain itu, Xiaomi TV Stick 4K dilengkapi sistem operasi terkini Android TV 11. Sambungan tanpa wayar pula menyokong WiFi 2.4/5Ghz dan Bluetooth 5.0. Selain memaparkan kandungan 4K, ia juga menyokong Dolby Atmos dan Dolby Vision, serta codec video AV1, VP9, dan H.265. AV1 adalah codec yang memberikan kadar mampatan sehingga 30% lebih baik berbanding H.265.



Turut disertakan adalah alat kawalan jauh Bluetooth dengan butang khas Netflix dan Prime Video. Alat kawalan ini juga memiliki mikrofon terbina di dalamnya, untuk kawalan suara Google Assistant serta membuat carian. Dengan menjalankan Android TV, pengguna boleh memasang pelbagai aplikasi penstriman seperti Netflix, Prime Video, YouTube, Disney+ Hotstar, HBO Go, Spotify dan banyak lagi menerusi stor aplikasi Google Playstore.

Pengguna juga boleh berkongsi paparan daripada peranti kepada Xiaomi TV Stick 4K jika berada di dalam WiFi yang sama. Stick ini boleh dicucuk mudah ke dalam port HDMI di paparan dan ia mengabil kuasa menerusi port mikro-USB. Xiaomi juga ada memberikan kepala pengecas dan pemanjang kabel HDMI di dalam kotak, untuk keperluan tambahan yang memudahkan pengguna.

Buat masa ini, masih tiada harga rasmi diumumkan untuk Xiaomi TV Stick 4K. Untuk perbandingan, Realme 4K TV Stick yang memiliki rekaan kompak dan spesifikasi hampir serupa, dijual di Malaysia pada harga RM299. Ia pernah dijual serendah RM189 semasa jualan 12.12 yang lepas.

Bacaan Berkaitan

  • Mi TV Stick dilancar dengan harga sangat rendah
  • Mecool KD1, Android TV bawah RM200 kalahkan Mi TV Stick
  • Hands-on Mi TV Stick: Semua orang kena ada gajet ini
Tags: xiaomiXiaomi TV Stick 4K
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Xiaomi TV Stick 4K, pemain Android TV kompak kini ada paparan 4K

Xiaomi TV Stick 4K, pemain Android TV kompak kini ada paparan 4K

20 December 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER