• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Cara pastikan Tweet tertentu tidak muncul di timeline Twitter

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:51 pm
  • 28/12/2021
  • Komen
TIPS: Cara pastikan Tweet tertentu tidak muncul di timeline Twitter
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak bila anda scroll timeline di Twitter, kemudian terbaca perkara yang anda tak nak baca? Contohnya spoiler filem Spider-Man: No Way Home yang baru ditayangkan, sebab anda masih belum tontonnya di panggung wayang.

Untuk elak Tweet mengenai perkara yang anda tidak mahu baca dari lalu di timeline atau muncul di notifikasi, anda boleh aktifkan ciri Mute di Twitter. Melaluinya, anda boleh tetapkan perkataan atau frasa khusus agar ia tidak muncul di timeline. Berikut merupakan caranya:



  1. Untuk telefon, buka Twitter kemudian tekan gambar profil anda di sebelah kiri. Pilih More jika anda guna komputer.
  2. Pilih Settings and Privacy
  3. Kemudian pilih Privacy and safety
  4. Pergi ke Mute and block
  5. Tekan Muted words.
  1. Untuk Android dan komputer, tekan simbol +. Di iOS, tekan butang Add di bawah kanan.
  1. Pada bahagian atas, masukkan perkataan atau frasa yang anda mahu mute.
  2. Pilih sama ada anda ingin mute perkataan dari timeline, notifikasi, siapa sahaja atau dari pengguna yang anda tidak ikuti.
  3. Pilih pula tempoh mute perkataan itu. Sama ada, selamanya, 24 jam, 7 hari atau 30 hari.
  1. Tekan Save. Jika ada perkataan lain yang ingin di mute, anda boleh ulang semula langkah pertama.

Selain itu, anda juga boleh padam perkataan yang sudah di mute, jika anda mahu ia kembali muncul di timeline Twitter. Caranya ialah:

  1. Pilih Settings and Privacy
  2. Pilih Privacy and safety
  3. Pergi ke Mute and block
  4. Tekan Muted words, kemudian anda akan nampak semua perkataan yang anda sudah mute
  5. Klik pada perkataan yang anda mahu padam dari senarai dan tekan ikon tong sampah.

Dengan ciri ini, anda boleh kawal sendiri Tweet yang anda tidak mahu baca di Twitter. Tetapi, pastikan anda mute semua perkataan yang berkaitan dengan sesebuah isu itu supaya tiada satu pun Tweet yang berkaitannya terlepas di timeline anda. Contohnya, jika filem Spider-Man: No Way Home, anda boleh tambah perkataan berkaitan seperti perkataan Spiderman, Peter Parker, Doctor Strange dan Tom Holland.



[Sumber: Cnet]

Tags: tipsTwitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Cara pastikan Tweet tertentu tidak muncul di timeline Twitter

TIPS: Cara pastikan Tweet tertentu tidak muncul di timeline Twitter

28 December 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN