• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 12: 6 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang siri ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:52 am
  • 29/12/2021
  • Komen
Xiaomi 12: 6 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang siri ini
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijadualkan, Xiaomi dengan jayanya telah memperkenalkan siri Xiaomi 12 mereka. Sebanyak tiga varian telah diumumkan iaitu Xiaomi 12 Pro, Xiaomi 12, dan Xiaomi 12X yang masing-masing hadir dalam pelbagai konfiurasi RAM dan storan. Produk-produk ini boleh didapat di dalam pasaran China seawal 31 Disember 2021 dan berikut adalah harganya di sana.

Harga siri Xiaomi 12 di China

  • Xiaomi 12 Pro (8 + 128) – RMB4,699 (RM3,084)
  • Xiaomi 12 Pro (8 + 256) – RMB4,999 (RM3,281)
  • Xiaomi 12 Pro (12 + 256) – RMB5,399 (RM3,543)
  • Xiaomi 12 (8 + 128) – RMB3,699 (RM2,428)
  • Xiaomi 12 (8 + 256) – RMB3,999 (RM2,624)
  • Xiaomi 12 (12 + 256) – RMB4,399 (RM2,887)
  • Xiaomi 12X (8 + 128) – RMB3,199 (RM2,099)
  • Xiaomi 12X (8 + 256) – RMB3,499 (RM2,296)
  • Xiaomi 12X (12 + 256) – RMB3,799 (RM2,493)
Xiaomi 12 Pro bahagian belakang
Xiaomi 12 bahagian belakang
Xiaomi 12X bahagian belakang

Sebagai perbandingan, flagship Xiaomi terkini yang ada di Malaysia adalah siri Xiaomi 11T dan berikut adalah harga penawaran mereka di sini:



  • Xiaomi 11T (8 + 128) – RM1,699
  • Xiaomi 11T (8+ 256) – RM1,899
  • Xiaomi 11T Pro (8 + 256) – RM2,099
  • Xiaomi 11T Pro (12 + 256) – RM2,299

Apa yang menarik tentang siri Xiaomi 12 ini? Saya senaraikan 6 rumusan yang menarik daripada pelancaran telefon tersebut.

Snapdragon 8 Gen 1

Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 dilengkapi cip dalam kategori 4nm pertama dunia. Snapdragon 8 Gen 1 bakal memperkasa sebahagian besar flagship 2022 dan siri Xiaomi 12 ini adalah antara yang pertama. Dengan cip ini, prestasi GPU telah naik 30% manakala kecekapan tenaga menokok 25% berbanding Snapdragon 888.



Bagi menangani haba yang terhasil semasa beroperasi, telefon ini dipasang dengan kepingan penyejuk daripada grafit. Luas permukaan efektif yang akan menyerakkan haba dicatatkan pada 2900mm2, antara yang terluas dalam kelasnya.

Kamera baharu, algoritma baharu

Xiaomi 12 Pro tidak menggunakan kamera 108MP seperti Xiaomi 11T Pro. Walaupun bilangan pikselnya cuma 50MP berbanding sebelum ini, tapi saiz sensornya bertambah iaitu daripada 1/1.52” kepada 1/1.28”. Dengan sensor baharu IMX707, ia memberikan keupayaan menangkap foton cahaya 49% lebih baik berbanding sebelumnya. 50MP.

Dua lagi kamera belakang yang menyertai kedua-dua telefon ini adalah kamera ultralebar dan kamera telefoto 50MP dan mereka diperkasa sensor JN1.

Kamera utama Xiaomi 12 menggunakan sensor IMX788 50MP dan dua kamera lain adalah kamera 13MP ultralebar dam 5MP telemakro.

Untuk makluman anda, sistem kamera siri Xiaomi 12 ini menerima manfaat daripada algoritma yang diubah suai daripada Xiaomi Cyberdog. Ia memberikan keupayaan mengesan manusia dan haiwan dengan lebih jitu.

Paparan QHD dengan sokongan HDR10

Pengguna Xiaomi 12 Pro akan terima sebuah telefon sebesar 6.37” di dalam tangan. Panel paparannya adalah daripada jenis LTPO pada resolusi 2K dan memiliki resolusi setinggi 1440p. Kecerahannya boleh pergi sehingga 1,500nits bermakna paparan ini mampu menyokong format HDR10+ dan Dolby Vision.

Kalau itu masih belum meyakinkan anda, paparan ini telah menerima skor tertinggi dalam analisis paparan DisplayMate. Xiaomi 12 juga miliki spesifikasi hampir serupa, cumanya paparannya adalah pada FHD+ manakala saiznya sedikit kecil, pada 6.28”.

Speaker stereo sebenar

Paparan yang cantik haruslah dipadankan dengan sistem audio yang setara hebatnya. Kedua-dua Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 hadir dengan speaker stereo sebenar. Bermakna, telefon ini keluarkan bunyi yang seimbang kuatnya di kedua-dua belah saluran.

Jabatan audio pada siri ini ditala oleh Harman Kardon dan ia menyokong format audio Dolby Atmos untuk pengalaman multimedia yang baik.

Bateri 4,500mAh dengan pengecasan 120W

Xiaomi 12 Pro boleh dicas pantas dengna blok pengecas 120W untuk mengisi tangki 4,600mAh miliknya. Menarik tentang bateri pada telefon ini, ia adalah bateri sel tunggal pertama pada kapasiti setinggi itu. Xiaomi mampu mempertingkat kapasiti sebanyak 400mAh bila gunakan ekasel berbanding dwisel tanpa merubah saiz fizikal bateri.

Xiaomi 12X untuk pengguna berbajet rendah

Walaupun ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding varian lain, Xiaomi 12X tetap milik spesifikasi setara flagship. Ia hadir dengan paparan 6.28” OLED sama seperti saudara besarnya. Baterinya 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W.

Spesifikasi kamera Xiaomi 12X adalah sama seperti Xiaomi 12 iaitu gabungan trikamera belakang 50MP, 13MP (ultralebar), dan 5MP (telemakro) bersama-sama dengan kamera selfie 32MP. Beza ketara telefon ini berbanding yang lain adalah pada penggunaan SoC. Xiaomi 12X diperkasa Snapdragon 870, cip derivatif kepada Snapdragon 888.

Bacaan berkaitan

Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia – SoyaCincau.com

Xiaomi Mi 11 kekal harga di bawah RM3,000, hadiah percuma sehingga RM1,925 – SoyaCincau.com

Tags: androidxiaomiXiaomi 12xiaomi 12 proxiaomi 12x
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi 12: 6 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang siri ini

Xiaomi 12: 6 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang siri ini

29 December 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER