• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V23 5G, telefon boleh bertukar warna badan akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:56 pm
  • 04/01/2022
  • Komen
Vivo V23 5G, telefon boleh bertukar warna badan akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika bosan dengan warna telefon pintar sekarang, anda boleh memasang casing untuk menepati citarasa. Tetapi bagaimana jika telefon tersebut boleh bertukar warnanya? Vivo Malaysia menyatakan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar pertama yang boleh bertukar warna di Malaysia, Vivo V23 5G.

Majlis pelancaran Vivo V23 5G akan diadakan pada hari Khamis, 13 Januari 2022 pukul 8 malam. Ia akan dibuat secara maya dan boleh ditonton di pelbagai saluran rasmi Vivo Malaysia iaitu Facebook, youTube, TikTok dan Twitter, serta menerusi platform e-dagang Lazada dan Shopee.



Vivo juga ada berkongsi sedikit gambar dan maklumat mengenai telefon ini, antaranya adalah dwi-kamera hadapan 50MP dengan autofokus dan lampu dwi-tona. Ia juga menyokong rangkaian 5G. Gambar pula, menunjukkan sebahagian belakang telefon yang memiliki tiga kamera.

Sumber

Pastinya Vivo V23 5G akan menggantikan model Vivo V21 5G yang dilancarkan pada bulan Mei 2021. Vivo V21 5G dilengkapi kamera hadapan tunggal 44MP dengan dwi cahaya swafoto, dan dikuasakan cip Mediatek Dimensity 800U 5G. Ia diumumkan berharga RM1,899 pada hari pelancaran, disertakan RAM 8GB dan storan 256GB.



Vivo V23 di India

Vivo India juga telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri Vivo V23, bermakna lebih daripada satu model iaitu V23 dan V23 Pro. Kedua-dua model ini menyokong 5G dan akan dilancarkan di India pada 5 Januari 2022.

Dari laman mikro Vivo V23 India, ia menyatakan bahawa teknologi bertukar warna hanya terdapat pada model Sunshine Gold. Ia menggunakan kaca AG Fluorite, bole menukarkan warna emas di telefon tersebut boleh bertukar kepada warna biru.

Ia juga menyenaraikan cip Mediatek Dimensity 1200 5G akan menguasakan telefon ini, bersama teknologi Extended RAM yang menambah RAM maya sehingga 4GB kepada RAM 8GB yang sedia ada.

Perbezaan antara V23 dan V23 Pro yang ditunjukkan oleh Vivo India adalah pada kerangka badannya. V23 memiliki sisi kerangka yang rata manakala V23 Pro memiliki sisi melengkung 3D. Selain itu, V23 Pro memiliki kamera utama 108MP dan V23 pula 64MP.

Adakah Vivo V23 yang dilancar di kelak, adalah peranti yang sama akan dilancarkan di Malaysia? Kita tunggu pengumuman rasmi daripada Vivo Malaysia nanti.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo V21 & V21e: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Vivo V21 5G dilancar dengan kerjasama empat jenama fesyen tempatan
  • Siri Vivo V23e miliki kamera hadapan autofokus untuk swafoto jelas dan tajam
Tags: vivoVivo V23
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Vivo V23 5G, telefon boleh bertukar warna badan akan dilancar di Malaysia

Vivo V23 5G, telefon boleh bertukar warna badan akan dilancar di Malaysia

4 January 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER