• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli tag RFID dengan diskaun dan penghantaran percuma di aplikasi Touch n Go eWallet

  • OLEH Najib
  • 7:25 pm
  • 11/01/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pengumuman kerajaan untuk memperkenal lebih banyak laluan RFID di lebuhraya dan mengurangkan laluan Touch n Go dan SmartTAG secara berperingkat, pasti ramai yang mahu mendapatkan tag RFID. Jika anda salah seorang yang berminat untuk membeli tag RFID, Touch n Go eWallet kini ada menawarkan promosi yang memberikan penjimatan.

Tag pemasangan sendiri RFID dijual pada harga RM35 tetapi dengan promosi di dalam aplikasi Touch n Go eWallet, anda boleh menerima RM5 pulangan tunai dan penghantaran percuma. Caranya sangat mudah, buka aplikasi Touch n Go eWallet dan pergi ke bahagian Toll > RFID. Kemudian pilih RFID Tag untuk membeli.



Promosi ini berjalan dari 5 Januari sehingga 31 Mac 2022, tetapi ia terhad kepada 500,000 pembelian pertama. Menurut ruangan soalan lazim FAQ, tiada had pembelian dikenakan, jadi anda boleh membelinya dengan harga promosi sebanyak mana yang anda mahu.

Jika anda memiliki lebih daripada satu kenderaan, anda boleh menghubungkan sehingga 10 tag RFID kepada satu akaun Touch n Go eWallet anda. Semua bayaran tol akan ditolak daripada baki eWallet anda dan jika mahu lebih senang, aktifkan sahaja fungsi tambah nilai automatik. Anda boleh tetapkan ia membuat tambah nilai apabila baki berkurangan ke nilai tertentu. Contohnya, tambah nilai RM100 apabila baki kurang daripada RM30.



Sistem RFID adalah langkah pertama menuju ke arah lebuhraya tanpa palang dan ia akan disokong di semua lebuhraya di Pantai Barat Semenanjung Malayia, termasuk lebuhraya PLUS mulai 15 Januari 2022. Laluan Touch n Go dan SmartTAG masih dikekalkan dan akan diganti kepada laluan RFID secara berperingkat mengikut permintaan. Kerajaan mensasarkan untuk menghapuskan penggunaan Touch n Go dan SmartTAG di lebuhraya menjelang akhir 2023, dengan sasaran untuk memperkenal Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti Berbilang Laluan (MLFF) menggunakan RFID menjelang tahun 2026.

Kalau anda mahu pakar membantu anda memasang tag RFID, anda boleh membelinya di mana-mana cawangan berdaftar pusat pemasangan RFID.

[Sumber: Touch n Go]

Bacaan Berkaitan

  • RFID dan ANPR di lebuhraya PLUS dilaksana mulai 15 Januari. Ini 8 perkara yang anda perlu tahu
  • SmartTAG dan kad Touch ‘n Go di plaza tol akan dimansuhkan secara berperingkat
  • Green Packet uji sistem tol bebas palang sebagai konsep mengurangkan kesesakan di lebuhraya
Tags: rfidTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Beli tag RFID dengan diskaun dan penghantaran percuma di aplikasi Touch n Go eWallet

11 January 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER